Friday, December 2, 2011

Zafran's room & Eva Dzara


Merancang dekorasi untuk bilik si kecil memberikan satu pengalaman yang indah buatku. Meskipun pada ketika itu aku sedang sarat mengandung, namun memikirkan betapa excitednya aku untuk menyambut kehadiran bayi pertamaku ke dunia, lalu aku dan suami bersama-sama berkongsi idea dan tenaga menghias bilik untuk si kecil kami. Jika sebelum ini aku pernah memaparkan post mengenai dekorasi kediaman ku, kini aku ingin berkongsi dengan lebih terperinci mengenai dekorasi bilik si kecil kami.

Zafran kini sudah pun menjangkau setahun enam bulan. Namun, tiada istilah lapuk bagi gaya dekorasi. Tidak salah kiranya aku berkongsi idea dan inspirasi tentang bagaimana menata gaya ruang bilik tidur buat si kecil anda. Kebanyakan elemen-elemen dekorasi yang terdapat di ruang ini adalah hasil projek DIY. Bagiku, dengan melakukan projek sebegini, ruang lebih mempunyai personaliti tersendiri. Ruang dinding bilik sengaja ku biarkan polos dengan cat rona putih, agar dekorasi kelihatan lebih menyerlah. Lagi pula, kediaman ini merupakan rumah sewa, tidak perlu melabur banyak untuk mengecat dinding! Apa yang penting anda pandai bermain dengan warna-warna aksesori dalam menjadikan ruang lebih ceria dan menarik. 

Owh ... I truly miss masa Zafran tengah baby, sangat tembam .. gewwamm!!!


Baiklah, mari berbicara soal dekorasi pula. Dekorasi kebiasaannya berkait rapat dengan daya kreativiti kita. Sekiranya fikiran anda buntu untuk mencari idea dekorasi, anda boleh melayari internet ataupun membeli majalah atau buku dekorasi sebagai bahan rujukan. Tak salah juga sekiranya anda ingin meminjam idea-idea yang ada dan digarapkan dalam cara anda tersendiri. Berikan sedikit sentuhan peribadi agar gaya tidak kelihatan seperti copy-cat 100%. Kebanyakan idea yang aku terapkan di dalam penggayaan kamar si kecilku ini, merupakan rujukan dari blog-blog pereka dari Australia.


Oleh kerana tema kamar ini berwarna putih, baby cot yang asalnya berwarna coklat telah dicatkan rona putih oleh hubbyku. Kemudian aku gandingkan dengan lampu gantung dan kelambu dari Ikea yang dihiasi dengan pom-pom buatan sendiri. Untuk tutorial sila klik link ini dari Martha Steward.


Aku sangat jatuh cinta dengan idea peletakan alfabet sebagai hiasan dinding. So, aku memang beria untuk merealisasikan idea ini dalam penataan kamar Zafran. Kebetulan aku terjumpa pelekat alfabet di sebuah kedai stationary di The Curve, yeay ... impian terlaksana! The tricky part adalah membuat base untuk setiap alfabet ini. Aku beli gabus nipis dan memotong mengikut bentuk setiap alfabet (thanks to hubby yang sangat membantu pada ketika itu, memandangkan time tu memang dah sarat sangat perut). Teringat kembali, setiap hari seusai kerja dan tiba di rumah, mesti masa banyak dihabiskan untuk mendekorasi bilik ini.



Bagi memberikan impak warna pada ruang, bean bags merupakan pilihan alternatif bagi menggantikan penggunaan kerusi atau sofa. Sesuai dijadikan tempat menyusu bagi bayi. Now, beralih kepada mini closet Zafran. Idea ini aku perolehi sewaktu melihat katalog Ikea. So, aku beli palang penyangkut dan para mini untuk dijadikan sebagai mini walk-in closet buat Zafran. I love this idea!


Untuk dekorasi dinding, kebanyakannya aku bermain dengan karakter-karakter comel. Dinding berhampiran dengan mini closet, aku berikan sentuhan yang berkait-rapat dengan persekitaran luar, iaitu rumah burung yang dicat sendiri olehku. Aku juga membuat figura burung untuk dilekatkan di ruang dinding bagi mewujudkan kesinambungan tema dengan rumah burung yang diletakkan. 




Well, that's all tentang kamar si kecilku, Zafran. Sekarang sudah besar pun si kecilku ini dan semakin bijak dan suka meniru apa yang orang lain buat. Bilik dia pun dah berubah rupa, sekarang sudah dijadikan dual fungsi sebagai kamar tetamu memandangkan Zafran tidak mahu tidur sendiri (hurm ... memang tak nak berenggang ngan mama langsung!). Kadang-kadang geram juga dengan ragamnya, tapi dialah penghibur aku dan hubby.


Now, let's me introduce to you Eva Dzara. Dzara adalah baby pertama Dee & Ed. Owh, memang sangat comel, kecik je ... geram je tengok. Masa aku datang melawat, Dzara sedang lena tidur, tersangat lena walaupun Zafran dok buat bising, hehehe. Hurm ... macam mana la Zafran kalau ada adik nanti, sekarang pun dah manja sangat! Lunch hour tadi sempat ke Empire Shopping Gallery untuk mencari gift buat Dzara. OMC ... memang crazy bila tengok baby girl's clothing! Semuanya cute, pretty and adorable. Memang seronok shopping barang-barang untuk baby girl, banyak aksesori dan paling penting banyak sangat pilihan. Anyway, for Dee & Ed, congratulation for your newborn baby, Eva Dzara. 


No comments:

Post a Comment