Happy anniversary to me and hubby, I love you so much hubby! It's our 7th LOVE anniversary, not our wedding anniversary ... hehehe. Coincidentally 14th February is our love declaration's day, tetapi tak bermakna aku menyambut Valentine's Day okay!
So, for our special day, I decided to prepare a special dinner for me, hubby and of course untuk Zafran sekali. The special main course menu is Red Snapper with Sweet & Sour Shredded Salad, yang diinspirasikan dari resipi Nigella. Resipinya boleh dilihat di Nigella.com.
Here are sneak peek of our dinner that night:
![]() |
Lovey dovey is the theme as love is always in the air. |
![]() |
Zafran's plate. Mama love Zafran. |
![]() |
Zafran with his new haircut. |
Selepas selesai makan malam, to "pick us up", presenting the Tiramisu for our dessert. Resipi kali ini aku adapatasikan dari resipi Tiramisu Su Chan, di dalam buku Su Chan Cake Temptations and Other Desserts. Well, Tiramisu memang kegemaran hubby since first trial sewaktu Fizella's Kitchen buat pertama kalinya membuat majlis makan bersama teman-teman rapat. Dan sudah tentu mendapat pujian dari hubby, hehehe.
Bagi yang ingin mencuba, resipinya adalah seperti berikut.
BAHAN-BAHAN
• Ladyfingers
• Kacang walnut berkaramel (resipi di bawah)
• Krim putar 300 ml, diputar
• Sos strawberi 10 ml
INTI
• Keju krim 300 g
• Gula kastor 100 g
• Kuning telur 3 biji
• Krim pekat 250 ml, diputar
• Coklat 100 g, diparut
SIRAP KOPI
• Serbuk kopi segera 1½ sudu besar
• Air 300 ml, panas
• Gula kastor 1 sudu besar
CARA
• Untuk membuat inti, pukul keju krim dan gula di dalam mangkuk adunan sehingga ringan dan masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Kaup balikkan krim putar.
• Untuk membuat sirap kopi, larutkan serbuk kopi sedera dan gula di dalam air. Sejukkan dan ketepikan.
• Rendamkan ladyfingers dengan sirap kopi. Letakkan ia ke dalam acuan berukuran 22.5 cm (9 inci). Tuangkan inti ke atasnya. Taburkan parutan coklat dan tuang inti lagi.
• Letakkan lapisan ladyfingers yang satu lagi. Ulangi proses meletakkan inti.
• Simpan di dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya selama 6 jam dan biarkan kek mengeras.
• Keluarkan kek dan letakkan kacang walnut berkaramel. Potong dan hidang sejuk dengan sos strawberi.
Kacang Walnut Berkaramel
BAHAN-BAHAN
Kacang walnut
Gula kastor
Air
CARA
Didihkan gula sehingga menjadi karamel dan masukkan kacang walnut sehingga disalut rata. Tuangkan kacang walnut ke dalam dulang leper untuk mengeras dan menjadi sejuk. Hancurkan kacang walnut menjadi beberapa kepingan apabila sudah sejuk.
Nota penting:
Hanya letakkan Kacang Walnut Berkaramel bila anda mahu menghidangkan Tiramisu. Kalau tidak, ia akan menjadi cair, seperti Tiramisu di atas (excited sangat, sampai tak baca resipi properly)
Dan untuk supper pula, sebenarnya supper untuk aku je, hahaha ... Australian Shepherd's Pie. Resipi ni adalah dari Chef Zam, resipi yang patut dicuba! Memang best, apatah lagi aku menggunakan daging kambing, terbaik! Selamat mencuba!
![]() |
No comments:
Post a Comment