Ermm ... kenapa Chef Wan
& Carrot Cake? Well, what can I say, these two 'C' really make my week more
colourful (another one more 'C'). Last Monday, aku ada sesi photo shooting
bersama Datuk Chef Wan untuk 3 buah bukunya (teringat perumpamaan yang hubby buat untukku: kalau dahulu berkawan dengan Eric Leong, kini dengan Chef Wan pula, hehehe ... seswai ke?). Seawal fotografi lagi, set
diriuhkan dengan keletah Chef Wan yang tak berhenti-henti berkongsi cerita
(terutama tentang pengalamannya sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega),
berjenaka dan juga mengusik krew yang ada, namun masih professional tatkala
lensa mula merakam aksinya. Ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan Chef
Wan (bos ku sudah berkali-kali jumpa sementelah banyak projek buku Chef Wan
yang telah dikeluarkan). Chef Melayu bertaraf dunia ini boleh memasak apa jua
hidangan, katakan sahaja resipi masakan dari pelusuk mana ... sudah pasti mampu
dibuatnya dek kerana pengalamannya yang sudah lama. Bercerita pasal dapur
(memandangkan kami shooting di ruang pamer Kitchen Culture yang mahahebat
bagiku), dapur yang cantik kadangkala hanya menjadi showroom pada kediaman.
Kata Chef Wan, buat apa dapur bagai nak 'rak' tapi gunanya tidak! Bukan apa, sudah menjadi trend sekarang dapur sebagai pelengkap ruang, pelik rasanya rumah yang tidak
berdapur!
![]() |
Gosh, my without make-up face!!! My eye-bags ... |
Opss ... meleret pula, tetapi
bagiku andainya mempunyai bajet yang lebih, sudah tentu mahu dapur sehebat di
Kitchen Culture ini. Dapat satu set kabinet Pogen Pohl pun sudah mencukupi,
dengan hood Elica yang menyerlahkan stail anggun, apatah lagi disempurnakan
dengan perkakas hebat seperti produk Kitchen Aid, wah ... memang dapur idamanku!
Kembali kepada sesi fotografi
bersama Chef Wan, kehadiran Tristan pada waktu tengah hari memeriahkan lagi
suasana set. Memang sangat comel cucu Chef Wan ni, Tristan pula jenis yang mudah dirapati dan tidak banyak ragam.
Tak hairanlah jika Chef Wan selesa membawa Tristan bersama. Fotografi berakhir
petang itu dengan shot di set dapur Ferrari yang berharga lebih RM1 juta! Fuh,
rekaan yang moden dengan kabinet bukaan melalui sensor. Apa yang lebih aku
tertarik adalah built-in coffee machine yang berharga RM80k jika aku tak silap,
memang pilihan berbaloi buat coffeeholic (hurm ... bilalah nak ada coffee
machine sendiri, anyone want to sponsor?). Berakhir cerita tentang Chef Wan.
![]() |
By the way, the big bread above (Sundried Tomato) is totally delicious, all of us like it very much. I bought at Heinstand Swiss Bakery at Bangsar Village. They offered a various freshly baked bread. |
Masih ingatkah tentang projek
weekend yang aku plan last week? Ya, misi membuat Carrot Cake! Akhirnya, mission
accomplish last nite. Sempat juga aku pergi mencari ground almond dan cream
cheese sebelum pulang ke rumah. Aku tak pasti apa fungsinya ground almond
(aku google and got this info: ground almond makes baked goods moister and gives them a coarser texture), tetapi resipi Chef Wan & resipi di dalam buku Mini Cakes (buku baru yang kubeli) menggunakannya. So, aku follow je la resipinya.
![]() |
I love this book! The layout also pretty. |
Risau yang bukan kepalang
menunggu Carrot Cake pertamaku dimasak di dalam ketuhar cap Gombak. Tapi aku
bakar dengan teknik stim, yang mana aku letakkan air di dulang pembakar di
tingkat bawah supaya kek kekal lembap dan tak rentung terbakar (itu yang paling penting), hehehe.
Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi juga. Tadaa ... inilah Carrot Cake pertamaku!
![]() |
Aku buat kek dengan menggunakan acuan Bahulu Kemboja |
![]() |
Aku decorate guna nozzle no. 14. Ok la kot ... hahaha |
Bagiku rasanya sama seperti
Carrot Cake diluar, cuma aku kurang letakkan Sultanas. Semasa membuat bancuhan,
nampak macam banyak je, tapi bila dimakan macam kurang pula. Tak pelah, lain
kali boleh letak extravaganza! Disebabkan ada extra Carrot Cake, aku suruh
hubby bawa ke office pada pagi ini dan aku bawa sedikit ke office. Harap officemate hubby menikmati Carrot
Cake yang ku buat.
![]() |
I'm totally bad for cake decoration, well ... got to improve it ASAP. |
Teringat pula ayat hubby
semalam, "Tak lama lagi bolehlah digelar sebagai chef pastri!". Aku
gelak (perasannya nak bergelar chef!) dan pantas membalas, "Haah, baru
perasan, asyik try recipe desert ngan cake je. Tak pernah nak cuba main course
recipe." Memang diakui aku suka sangat mencuba resipi desert ( almaklum, aku memang
sweet tooth). Hurm ... nampaknya kenalah aku memperkembangkan skop memasak aku
selepas ini. Oklah, nak fikir apa projek masakan aku yang seterusnya. Kalau
buat macarons pun best jugak (alahai ... sweet treats lagi!). Well, I have to do
a research first, nanti aku update ya, but not this week since I'll be going
back to my lovely hometown (but maybe I want to bake a fruit cake for Abah, hopefully menjadi la plan ni).
No comments:
Post a Comment