Sunday, October 30, 2011

what's On The Table?



Sepatutnya, hari ini aku akan update weekend projekku, carrot cake. Unfortunately, this weekend project terpaksa postponed disebabkan bahan-bahan tak mencukupi, takde ground almond. Macam tak best plak buat resipi dengan bahan ala kadar. Dah dua resipi carrot cake  yang aku tengok ada letak ground almond (yang mana aku baru perasan), well ...  I'll try to get that ingredient by ASAP supaya aku boleh mencuba resipi carrot cake within this weekdays since this weekend akan balik kampung untuk Hari Raya Haji. So, there's nothing on my table that I can show to you.

But on Saturday, seperti yang dimaklumkan, aku membuat Strawberry Oatmeal Swirls lagi (memang tak jemu buat banyak kali) dan Shepherd's Pie for breakfast. Kali ini resipi SOS aku gunakan resipi asal dari Nigella iaitu menggunakan plain yogurt instead of whipped cream yang selalu aku buat. Ermm ... honestly, aku tak berapa suka dengan kombinasi strawberry & yogurt, macam tak berapa 'kick' je. Disebabkan rasa yogurt yang kemasaman & strawberry yang kurang manis, so SOS terasa kurang nikmatnya. Aku lebih prefer whipped cream, barulah SOS rasa lebih lemak berkrim disukai ramai! So, aku cadangkan kepada sesiapa yang ingin mencuba, lebih enak gunakan whipped cream bagi resipi SOS ini (walaupun yogurt pilihan yang lebih sihat!). Pagi itu, aku breakfast bersama Zafran, just the two of us!








Anyway, aku beli serveware Rachael Ray di KK Home saja, memang berbaloi!

Pagi tadi sempat melayan ulangan Master Chef Malaysia (TV show yang tengah hot skang selain dari Maharaja King Lawak). Kebetulan pula, episod yang ditayangkan tidak dilihat lagi sebelum ini (Rabu lepas aku ke dinner theme party). Menariknya, episod Master Chef kali ini adalah cabaran menghasilkan Tiramisu resipi signature Chef RizRedz (kalau ada yang tidak tahu, beliau adalah anak lelaki Chef Wan). Alahai jealous plak, diorang dapat buat Tiramisu guna resipi Chef Riz, aku nak juga! Tiramisu ini ada dijual di kafe Chef Riz, On The Table yang terletak di Solaris Dutamas. Bercerita tentang kafe Chef Riz, September lalu aku mendapat jemputan ke kafenya (sebenarnya to represent  my bos). Dekorasi kafenya sangat menarik, I love it! And of coz, the beautiful decor as a compliment to a good food! The foods are faboulous and yummylicious. Me, hubby & Zafran truly enjoy our dishes and even hubby dah listed On The Table dalam senarai kafe pilihannya.

Owh ... I'm missing Zafran Bieber's hair, hehehe...

And lucky me mendapat layanan istimewa dari Chef Riz (this is our first meet and I'm to shy untuk request foto bersama. Furthermore, he's really busy at the kitchen!). I'm even more lucky dapat merasai signature dish Chef Riz; authentic Malay's food in contemporary presentation. Sememangnya, hidangan yang sangat lazat (rupapun sangatlah menawan) especially lontongnya, buat aku terasa-rasa sampai sekarang!


Menurut Chef Riz, On The Table mengenengahkan hidangan seluruh dunia, menu autentik namun dipersembahkan dalam gaya kontemporari. Neway, kalau sudah ke Solaris Dutamas, tak salah kiranya untuk singgah ke On The Table dan merasai sendiri keenakan makanan di sini bertemankan gaya dekorasi yang menawan. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Aku juga akan berkunjung ke sini lagi, hendak mencuba Tiramisu!

 

Nampaknya, weekend kali ini tidak membuahkan hasil apa-apa (nothing on the table!). Petang, kami sekeluarga ke The Curve. Aku mencari barang-barang untuk photoshooting, hubby shopping, while Zafran being very moody (gara-gara mengantuk!). Balik ke rumah sudah penat untuk membuat apa-apa, walaupun plan back-up hendak mencuba resipi Nigella, Sticky Toffee Pudding (still nothing on the table).  Owh ... hopefully weekdays akan lebih bermakna dengan percubaan resipi baru. Go Fizella!

No comments:

Post a Comment