Sebagai
tribute kepada
Empire Shopping Gallery, hari ini aku ingin kongsikan kafe pilihanku yang terletak di sini bernama '
T forty two'. Aku mula mengetahui mengenai
T forty two sewaktu menjalankan tugasan di Bangsar Village II, namun kini telah berubah menjadi 'Bistro 42'. Berbekalkan sajian dekorasi yang menawan, ilham gaya kafe di Perancis melatari keseluruhan kafe membuai perasaan ingin terus duduk lama di sini. Manakan tidak, di sinilah anda boleh berangan seolah-olah berada di kota romantis, Paris! Di
T forty two, santapan mata dan jiwa menyempurnakan selera anda (
owh..sangat merindui saat-saat menulis artikel mengenai kafe, hehehe).
 |
Gambar ini diambil, tatkala kali pertama berkunjung ke T forty two yang terletak di Bangsar Village II. Memang hati terus terpikat bukan sahaja dengan keindahan dekorasi kafenya tetapi juga dengan sajian hidangan yang memukau selera. |
Gaya hidup hari ini sentiasa menuntut kita untuk bersenang dan meraikan diri. Apalagi, setelah seharian penat bekerja dan dihambat tekanan kehidupan seharian, pastinya kita mahu memberi imbuhan kepada diri sendiri. Acara makan-makan tidak sekadar keperluan semata-mata malahan telah menjadi satu tuntutan gaya hidup masa kini atau lebih tepat gaya hidup masyarakat urban!
Well,
T forty two boleh dijadikan lokasi ideal untuk semua ini.
Jika diperhatikan, hiasan dalaman kafe ini sangat sofistikated tetapi
approachable, membuatkan sesiapa yang kali pertama ke sini tidak segan silu untuk terus singgah. Dekorasi ruang makan yang sangat santai berkonsep moden dan kontemporari dengan pilihan kerusi makan ataupun sofa yang memberikan dudukan selesa. Persembahan dekorasi mahupun seni bina menjiwai
Parisian Style. Lihat sahaja pada ruang masuk kafe dan juga
window display yang mengecurkan air liur ketika melihat paparan pelbagai jenis manisan yang cantik. Di bahagian tengah diletakkan kabinet besar sebagai penstoran dan
centrepiece bagi dekorasi kafe ini. Jambangan bunga bersaiz besar dan juga balang-balang kaca pelbagai saiz yang dihiasi manisan berwarna-warni membuai perasaan seolah berada di sebuah
wonderland!
Jika ditanya padaku tentang apa yang mahu dipesan jika di sini, cuba pesan
Salmon, Zucchini Ribbon & Parmesan Qiunche; sungguh enak dinikmati bersama secawan kopi. Bagi pemanis mulut, bagiku pilihan utama sudah tentulah
macarons yang mempunyai tiga perasa iaitu
strawberry (my favourite),
chocolate dan
passion fruit. Atau anda boleh memesan set
hi-tea untuk dua orang dengan hidangan manisan-manisan yang menggoda jiwa dihidangkan di dalam bekas kuih bertingkat. Apatah lagi jika didendangkan dengan alunan piano yang menyuntik keheningan di waktu petang.
Selain paparan dekorasi yang memikat hati serta perincian kemasan yang menonjolkan impak kemewahan dan hasil rekaan pereka (
designer's piece), anda juga pasti terpukau dengan setiap perincian peranggu yang digunakan. Mainan warna-warna aksesori ceria dan lantang seakan meneriakkan keriangan sewaktu menikmati pelbagai jenis hidangan di sini.
 |
Macaron and a cuppa coffee are the good combination for me to unwind from stress. |
Sekiranya terasa ingin memanjakan diri dengan sajian mahupun bercanda dengan teman-teman di waktu petang,
T forty two dapat menyempurnakan impian anda. Percayalah, seperti saya juga, jika diberi peluang, memang dirasakan tidak mahu pulang!
This is part of my theraupeutic relaxation!
1
: a private conversation between two persons
2
: a short piece of furniture (as a sofa) intended to seat two persons especially facing each other