You should always appreciate what you have while you have it, and make wherever you are feel like home. I just didn't want to put any creative energy into such a small and standard apartment that was not even mine. I insisted that although I wanted our apartment to feel creative, I was NOT going to spend very much money. So our entire apartment is decorated and embellished with thrifty finds, handmade goodness and even some freebies from my very thrifty family!
Tidak gemar gaya yang terlampau sarat, kami memilih konsep warna monokrom hitam dan putih sebagai asas dekorasi. Gaya city casual yang diketengahkan oleh Judith Wilson memikat hati kami untuk menggayakan pada kediaman sendiri. Ringkas, moden tapi segar, sudah cukup melampiaskan jiwa dan keselesaan yang diingini pada gaya dekorasi. Dominasi warna putih sememangnya berjaya menampilkan wajah ruang kelihatan lebih luas dan lapang. Tidak dinafikan merencanakan gaya dekor bagi kediaman sempit memberikan satu cabaran buat pemiliknya. Bagiku, apa yang perlu diambil-kira adalah kebijaksanaan dalam memilih perabot yang sesuai, kombinasi warna yang digunakan dan juga susun atur yang membantu kelancaran trafik ruang. Kadangkala kita perlu bercanda dengan kreativiti dalam menghasilkan satu gaya dekorasi yang anggun, bukan sahaja buat tatapan mata kita tetapi juga buat tetamu yang datang bertandang. Bukan untuk menjadi bahan bualan mereka, tetapi sekadar berkongsi idea dan inspirasi bahawa mereka juga boleh melakukan perkara yang sama.
"Decorating your home is not about trendy pieces and designer names, but about the warmth and creative passion that you are willing to put into it."
![]() |
Yes, I love to do Do It Gorgeously project! |
Kebanyakan daripada idea yang digunakan untuk mencorak keindahan kediaman kami adalah berinspirasikan konsep DIY: Do-it-yourself. Ottoman yang turut menjadi meja kopi dibuat sendiri olehku begitu juga dengan terendak lampu lantai. Fabrik telah dibeli di IKEA dan dibalutkan pada terendak bagi memberi wajah baru.
Di dalam isu yang sama dalam ruangan yang berlainan, idea dekorasi bilik anakku, Faeq Zafran Umair turut dipaparkan buat pembaca. Masihku ingat lagi sewaktu proses mendekorasi bilik ini dilakukan, aku sedang sarat mengandung pada ketika itu. Kesemua idea aku cedok dari majalah real living dan juga internet. Pom-pom memang telah lama menjadi kegilaanku, lalu aku gayakan juga di bilik si kecilku ini. Untuk pakaian Zafran, aku buat sendiri walk-in closet mini bagi mempamerkan koleksi pakaiannya. Bagi menjadikan ruang dinding bercat putih kelihatan lebih menarik, aku tampalkan alfabet ABC yang turut menjadi feature wall ruang.
![]() |
Aku memang sangat sukakan 'pom-pom'. Kalau boleh, nak penuhkan ruang siling dengan pom-pom pelbagai warna! |
Bagiku, proses dekorasi merupakan pengalaman yang sangat menarik. Apa yang penting adalah perancangan dan juga membuat mood board. Hiaskan kediaman anda dengan hati yang ceria, pastinya hasilnya membuat anda terasa bahagia!
No comments:
Post a Comment