Thursday, September 15, 2011

Projek desert cake pertama

Memang rasa teruja nak share tentang kejayaan projek desert cake pertama yang kubuat. Dorongan untuk membuat desert cake ini bukan disebabkan oleh rancangan Nigella, walaupun resipi inspirasi daripada dia. Projek desert cake ini adalah dedikasi buat si kecilku Zafran yang suka makan Oreo Cheesecake yang kubeli di Secret Recipe. Sebenarnya, berebut jugalah aku dan Zafran makan one slice of Oreo Cheesecake tu! So, bagi mengelakkan daripada ktorang berebut (anak & maknya memang sweet tooth), hehehe ... akupun dengan bersemangatnya mencari resipi di laman web Nigella dan pergi membeli bahan-bahan di Bagus (syurga bahan-bahan bakeri). Hasilnya memang sangat memuaskan hati dan selera (siapa lagi nak pujikan!). Kalau nak mencuba resipi ini, boleh ke page Fiza Express Resipi

Sebenarnya, aku tahu ramai yang berasa gusar untuk mencuba resipi masakan terutama oleh chef-chef terkenal. Bakal wujud persepsi di mana kita tidak mampu menghasilkan hidangan selazat mereka. Almaklum sahaja, apabila resipi tidak menjadi, sudah tentu terbuang dan timbul perasaan hampa. Tapi, apa yang boleh aku sarankan, sekiranya rasa diri tidak begitu pakar, cuba resipi yang dirasakan simple untuk disediakan. Lihat pada senarai bahan-bahan dan cara-caranya. Kalau senarai bahan-bahan pun susah nak dicari, bagiku lupakan sajalah impian itu. Yang penting anda mesti yakin dan enjoy dengan resipi yang dicuba supaya hasilnya bukan sahaja menggembirakan hati anda tapi juga orang di persekitaran anda.





Untuk versi desert cake yang kedua pula, lagi mudah disediakan dan aku buat dalam versi lebih comel. Resipi pun lebih simple. Kali ni, desert cake ni terpaksa berebut makan dengan si suami pula. Sebelum ini, kalau dihidangkan kek mungkin setakat merasa barang sesuap atau dua. Tapi kali ni, time breakfast pun boleh makan Oreo Cream Cheese dan tengah malam jadi menu supper. Kesimpulan yang aku dapat buat, resipiku menjadi dan SEDAP!!! So, apa lagi, anda patut mencuba juga!



Untuk filling, aku letakkan biskut Oreo yang dipatahkan empat. So, rasanya just nice, the taste blend between the cream cheese and the biscuits.

No comments:

Post a Comment