Siapa yang tak kenal Nigella Lawson. I truly adore her! Dan siapalah yang tak nak berangan untuk jadi seperti dia, maksud aku lebih kepada skil memasak yang dimilikinya, hehehe. Memang seronok diulit khayalan melihat keenakan hidangan yang dimasaknya. Meskipun terlihat sangat ringkas dan kadangkala "dekorasi" hidangan yang agak kurang menarik, namun jauh di benak hati tetap mengatakan ianya mesti sedap. Aku tahu ramai wanita di luar sana yang mengikuti rancangan masakannya, sama ada Nigella Bites ataupun Nigella Express walaupun sedar diri tak memasak sangat di rumah! Ya lah, sekurang-kurang dapat juga memupuk minat untuk memasak kelak, lagipun kita semua memang suka makan.
Melihat rancangan Nigella membuat aku menjadi lebih minat memasak dek kerana gaya masakannya yang ringkas dan mudah. Tidak dinafikan kita pasti beranggapan, orang dah terror, main campak-campak je dalam kuali mesti masakan sedap. Tapi aku rasa, teknik dan gaya masakannya sangat praktikal terutama buat wanita yang bekerja macam aku ni. Aku perlukan teknik yang cepat dan pantas, serta paling penting mestilah sedap. Pastinya seronok jika berpeluang berjumpa Nigella secara real-life, it will be a fantastic! She really inspire me to cook!
Dan tatkala diri mula berangan menjadi Nigella, akupun mencuba beberapa resipi yang ada di webnya:http://www.nigella.com/ sebagai hidangan untuk berbuka di Ramadhan yang lalu. Sesuai dengan kesuntukan masa yang ada serta gangguan dari si kecil Zafran, hidangan yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang memang sedia ada dan left-over food. Hasilnya sangat memuaskan hatiku. Menu hidangan adalah Spaghetti Carbonara, Naan Pizza dan Glitzy Chocolate Pudding.
Resipi-resipi semua aku dapatkan di laman web Nigella dan aku improvise sket, walaupun diri tak terror sangat memasak! Nanti aku akan update resipi buat mereka yang terliur melihat skil memasakku ini (hahaha...tersangatlah perasan).
I really enjoy my foods and Zafran also love the spaghetti. Lihat sahaja cara dia menikmati masakan mamanya (sampai guna dua bekas berlainan!).
![]() |
I have to admit, this pudding extremely yummy. I love the gooey chocolate sauce. Yup, truly a lust, for love of chocolate! |
No comments:
Post a Comment