Friday, September 30, 2011

OMC, Girls Day Out!

GENTLE WARNING: Viewing this post might cause disgust, jealousy, unintentional seduction and/or also nausea due to excessive exposure of vain and irresistibly adorable photos. Viewer’s discretion is advised. 


It’s been a while since we had our so call Girls Day Out. Yesterday, myself and Zaza is planning to have one.  It


 is very important for me to have a ‘girls day out’ event every once in a while to just catch up and have a full on eating, shopping, women talking and gossiping session (biasalah... macam Gossip Girl!)


After all, laughter and retail therapy equals releasing stress! Hahaha. With our hectic life, workload at the office, so ... I think this is the best time for us to give reward to ourself. 
Destinasi utama kami adalah Coach outlet. I adore Coach so much! (since this is the high-end brand that I can afford to get for now). Sebagaimana yang telah dirancang sekian lama, kami bercadang untuk memberi 'imbuhan' kepada diri masing-masing dengan wristlet CoachWanita mana yang tidak mendambakan tas tangan berjenama. Dan bagi aku sekiranya ingin membeli barangan berjenama, biarlah sepadan dengan kemampuan. And please, don't buy a fake items, buy authentic goods! (tetapi ini terpulang kepada pendapat individu). Personally, wearing fake items to show-off is something we should avoid. Just be yourself!


We are so excited at the first time, O M Coach! Terlalu banyak koleksi wristlet dan juga handbag yang sememangnya membuatkan kami berdua teruja. But later somehow, setelah melihat dan menggayakan pelbagai jenis wristlet, wallet and handbag, kami menjadi confused (is that the right term? hehehe). What to buy: wristlet or handbag (walaupun plan asal untuk membeli small wristlet sahaja), which design, what collection and colour!!! OMCoach, what happen to us???








So, after a few thoughts (betul ke few thoughts ya Zaza?), we managed to decide what we want, our first Coach's baby! Finally, I bought Coach Madison Quilted Chevron Large Wristlet in plum colour, which is the limited edition for Coach 70th Anniversary and Zaza bought Op Art Alexandra Handbag in gold colour (yours consider as big baby!). Terima kasih kepada pekerja Coach yang sangat ramah melayan kami selain memberikan suggestion what is the best for us. 


Zaza's new Coach 'big' baby!!!

Now I can say, OMC!




Then, we went to eat at Delicious. Ahh, it's been long since I last ate Pavlova (i love Serai's pavlova more!). And also the Aglio Olio, not really tempting to eat. So, in the end, we had so much fun. Not just the shopping and camwhoring part, but spending time with each other. What's our next agenda Zaza? Hurm ... but somehow my heart still remains at Coach Kristin Op Art Ikat handbag (hubby... b'day gift pleaasseee).










Cappucino ... instead of espresso

Aglio Olio



Spaghetti Carbonara




I'm missing Serai's Pavlova very much.


Zaza with her Red Velvet














Thursday, September 29, 2011

Intimate afternoon tête-à-têtes : Parisian Style



Sebagai tribute kepada Empire Shopping Gallery, hari ini aku ingin kongsikan kafe pilihanku yang terletak di sini bernama 'T forty two'. Aku mula mengetahui mengenai T forty two sewaktu menjalankan tugasan di Bangsar Village II, namun kini telah berubah menjadi 'Bistro 42'. Berbekalkan sajian dekorasi yang menawan, ilham gaya kafe di Perancis  melatari keseluruhan kafe membuai perasaan ingin terus duduk lama di sini. Manakan tidak, di sinilah anda boleh berangan seolah-olah berada di kota romantis, Paris! Di T forty two, santapan mata dan jiwa menyempurnakan selera anda (owh..sangat merindui saat-saat menulis artikel mengenai kafe, hehehe).

Gambar ini diambil, tatkala kali pertama berkunjung ke T forty two yang terletak di Bangsar Village II. Memang hati terus terpikat bukan sahaja dengan keindahan dekorasi kafenya tetapi juga dengan sajian hidangan yang memukau selera.


Gaya hidup hari ini sentiasa menuntut kita untuk bersenang dan meraikan diri. Apalagi, setelah seharian penat bekerja dan dihambat tekanan kehidupan seharian, pastinya kita mahu memberi imbuhan kepada diri sendiri. Acara makan-makan tidak sekadar keperluan semata-mata malahan telah menjadi satu tuntutan gaya hidup masa kini atau lebih tepat gaya hidup masyarakat urban! Well, T forty two boleh dijadikan lokasi ideal untuk semua ini.






Jika diperhatikan, hiasan dalaman kafe ini sangat sofistikated tetapi approachable, membuatkan sesiapa yang kali pertama ke sini tidak segan silu untuk terus singgah. Dekorasi ruang makan yang sangat santai berkonsep moden dan kontemporari dengan pilihan kerusi makan ataupun sofa yang memberikan dudukan selesa. Persembahan dekorasi mahupun seni bina menjiwai Parisian Style. Lihat sahaja pada ruang masuk kafe dan juga window display yang mengecurkan air liur ketika melihat paparan pelbagai jenis manisan yang cantik. Di bahagian tengah diletakkan kabinet besar sebagai penstoran dan centrepiece bagi dekorasi kafe ini. Jambangan bunga bersaiz besar dan juga balang-balang kaca pelbagai saiz yang dihiasi manisan berwarna-warni membuai perasaan seolah berada di sebuah wonderland!



Jika ditanya padaku tentang apa yang mahu dipesan jika di sini, cuba pesan Salmon, Zucchini Ribbon & Parmesan Qiunche; sungguh enak dinikmati bersama secawan kopi. Bagi pemanis mulut, bagiku pilihan utama sudah tentulah macarons yang mempunyai tiga perasa iaitu strawberry (my favourite), chocolate dan passion fruit. Atau anda boleh memesan set hi-tea untuk dua orang dengan hidangan manisan-manisan yang menggoda jiwa dihidangkan di dalam bekas kuih bertingkat. Apatah lagi jika didendangkan dengan alunan piano yang menyuntik keheningan di waktu petang.



Selain paparan dekorasi yang memikat hati serta perincian kemasan yang menonjolkan impak kemewahan dan hasil rekaan pereka (designer's piece), anda juga pasti terpukau dengan setiap perincian peranggu yang digunakan. Mainan warna-warna aksesori ceria dan lantang seakan meneriakkan keriangan sewaktu menikmati pelbagai jenis hidangan di sini.








Macaron and a cuppa coffee are the good combination for me to unwind from stress.

Sekiranya terasa ingin memanjakan diri dengan sajian mahupun bercanda dengan teman-teman di waktu petang, T forty two dapat menyempurnakan impian anda. Percayalah, seperti saya juga, jika diberi peluang, memang dirasakan tidak mahu pulang! This is part of my theraupeutic relaxation!

* Definition of TÊTE-À-TÊTE

1
: a private conversation between two persons
2
: a short piece of furniture (as a sofa) intended to seat two persons especially facing each other

Wednesday, September 28, 2011

Explosion at Empire Gallery!! Save my T forty two!

Pagi tadi dikejutkan dengan berita Empire Shopping Gallery telah meletup pada jam 3.40 pagi. Wah! Itulah lokasi mall favourite untuk lunch dan window shopping, juga tempat mencari macarons & pavlova! Melihat gambar-gambar yang ditunjukkan, agak teruk juga kerosakan yang berlaku. Bayangkan sekiranya situasi ini berlaku pada waktu bekerja atau semasa lunch hour, sudah pasti banyak nyawa yang terkorban. Takut jugak kalau hendak pergi ke sana lagi nanti. Menurut sumber, letupan berlaku disebabkan oleh letupan tangki gas bawah tanah. Letupan telah mengakibatkan kerosakan teruk kepada outlet Starbucks Coffee (nasib baik bukan Coffee Beans), Serai (oh my luvly Pavlova!) and Coach (wah... I wanna help them to do the cleanup..hehehe). Terribly, kebanyakannya memang favourite spot aku.

However, T forty two masih selamat agaknya. Hopefully, Whisk also masih selamat, otherwise I have no great place to hang-out for a cuppa tea or coffee and to get a great desert! Buat masa ini, Empire Shopping Gallery dikatakan akan ditutup selama seminggu. Mungkin untuk membuat pemeriksaan lanjut tentang tahap keselamatan bangunan tersebut. Hope this will be the only first and last explosion at Empire. I love you Empire Shopping Gallery. You have such a great list of nice spot for me to go! Get well soon! 

*Photos credit to Edwin Tan

OMG....Coach..please do the clearance sale!!! I will help you to clear those unwanted stocks.

Thursday, September 15, 2011

Projek desert cake pertama

Memang rasa teruja nak share tentang kejayaan projek desert cake pertama yang kubuat. Dorongan untuk membuat desert cake ini bukan disebabkan oleh rancangan Nigella, walaupun resipi inspirasi daripada dia. Projek desert cake ini adalah dedikasi buat si kecilku Zafran yang suka makan Oreo Cheesecake yang kubeli di Secret Recipe. Sebenarnya, berebut jugalah aku dan Zafran makan one slice of Oreo Cheesecake tu! So, bagi mengelakkan daripada ktorang berebut (anak & maknya memang sweet tooth), hehehe ... akupun dengan bersemangatnya mencari resipi di laman web Nigella dan pergi membeli bahan-bahan di Bagus (syurga bahan-bahan bakeri). Hasilnya memang sangat memuaskan hati dan selera (siapa lagi nak pujikan!). Kalau nak mencuba resipi ini, boleh ke page Fiza Express Resipi

Sebenarnya, aku tahu ramai yang berasa gusar untuk mencuba resipi masakan terutama oleh chef-chef terkenal. Bakal wujud persepsi di mana kita tidak mampu menghasilkan hidangan selazat mereka. Almaklum sahaja, apabila resipi tidak menjadi, sudah tentu terbuang dan timbul perasaan hampa. Tapi, apa yang boleh aku sarankan, sekiranya rasa diri tidak begitu pakar, cuba resipi yang dirasakan simple untuk disediakan. Lihat pada senarai bahan-bahan dan cara-caranya. Kalau senarai bahan-bahan pun susah nak dicari, bagiku lupakan sajalah impian itu. Yang penting anda mesti yakin dan enjoy dengan resipi yang dicuba supaya hasilnya bukan sahaja menggembirakan hati anda tapi juga orang di persekitaran anda.





Untuk versi desert cake yang kedua pula, lagi mudah disediakan dan aku buat dalam versi lebih comel. Resipi pun lebih simple. Kali ni, desert cake ni terpaksa berebut makan dengan si suami pula. Sebelum ini, kalau dihidangkan kek mungkin setakat merasa barang sesuap atau dua. Tapi kali ni, time breakfast pun boleh makan Oreo Cream Cheese dan tengah malam jadi menu supper. Kesimpulan yang aku dapat buat, resipiku menjadi dan SEDAP!!! So, apa lagi, anda patut mencuba juga!



Untuk filling, aku letakkan biskut Oreo yang dipatahkan empat. So, rasanya just nice, the taste blend between the cream cheese and the biscuits.

Wednesday, September 14, 2011

Berangan jadi Nigella Lawson!

Siapa yang tak kenal Nigella Lawson. I truly adore her! Dan siapalah yang tak nak berangan untuk jadi seperti dia, maksud aku lebih kepada skil memasak yang dimilikinya, hehehe. Memang seronok diulit khayalan melihat keenakan hidangan yang dimasaknya. Meskipun terlihat sangat ringkas dan kadangkala "dekorasi" hidangan yang agak kurang menarik, namun jauh di benak hati tetap mengatakan ianya mesti sedap. Aku tahu ramai wanita di luar sana yang mengikuti rancangan masakannya, sama ada Nigella Bites ataupun Nigella Express walaupun sedar diri tak memasak sangat di rumah! Ya lah, sekurang-kurang dapat juga memupuk minat untuk memasak kelak, lagipun kita semua memang suka makan.

Melihat rancangan Nigella membuat aku menjadi lebih minat memasak dek kerana gaya masakannya yang ringkas dan mudah. Tidak dinafikan kita pasti beranggapan, orang dah terror, main campak-campak je dalam kuali mesti masakan sedap. Tapi aku rasa, teknik dan gaya masakannya sangat praktikal terutama buat wanita yang bekerja macam aku ni. Aku perlukan teknik yang cepat dan pantas, serta paling penting mestilah sedap. Pastinya seronok jika berpeluang berjumpa Nigella secara real-life, it will be a fantastic! She really inspire me to cook!

Dan tatkala diri mula berangan menjadi Nigella, akupun mencuba beberapa resipi yang ada di webnya:http://www.nigella.com/ sebagai hidangan untuk berbuka di Ramadhan yang lalu. Sesuai dengan kesuntukan masa yang ada serta gangguan dari si kecil Zafran, hidangan yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang memang sedia ada dan left-over food. Hasilnya sangat memuaskan hatiku. Menu hidangan adalah Spaghetti Carbonara, Naan Pizza dan Glitzy Chocolate Pudding.


Resipi-resipi semua aku dapatkan di laman web Nigella dan aku improvise sket, walaupun diri tak terror sangat memasak! Nanti aku akan update resipi buat mereka yang terliur melihat skil memasakku ini (hahaha...tersangatlah perasan).


I really enjoy my foods and Zafran also love the spaghetti. Lihat sahaja cara dia menikmati masakan mamanya (sampai guna dua bekas berlainan!).


I have to admit, this pudding extremely yummy. I love the gooey chocolate sauce. Yup, truly a lust, for love of chocolate!

Tuesday, September 13, 2011

Mahligai kami tertera di 'Apartmen Impiana'

Kecintaanku terhadap dekorasi kediaman sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Apatah lagi dahulu berpeluang bekerja di majalah dekorasi IMPIANA, memberi peluang kepadaku untuk mencedok idea serba sedikit tatkala pergi ke pengambaran kediaman. Mahligaiku yang serba sederhana diintai oleh Editor majalah Apartmen Impiana untuk menghiasi keluaran Jan-Mac 2011 yang lalu (wah, memang isu yang sangat lama!). Aku sangat berbesar hati untuk berkongsi idea dekorasi yang kugarapkan pada mahligai kami yang comel ini. Aku sangat berbangga dan berterima kasih kepada Puan Suhana Desa kerana merasakan kediamanku layak dipertontonkan buat pembaca majalah Apartmen Impiana.

You should always appreciate what you have while you have it, and make wherever you are feel like home. I just didn't want to put any creative energy into such a small and standard apartment that was not even mine. I insisted that although I wanted our apartment to feel creative, I was NOT going to spend very much money. So our entire apartment is decorated and embellished with thrifty finds, handmade goodness and even some freebies from my very thrifty family!

Tidak gemar gaya yang terlampau sarat, kami memilih konsep warna monokrom hitam dan putih sebagai asas dekorasi. Gaya city casual yang diketengahkan oleh Judith Wilson memikat hati kami untuk menggayakan pada kediaman sendiri. Ringkas, moden tapi segar, sudah cukup melampiaskan jiwa dan keselesaan yang diingini pada gaya dekorasi. Dominasi warna putih sememangnya berjaya menampilkan wajah ruang kelihatan lebih luas dan lapang. Tidak dinafikan merencanakan gaya dekor bagi kediaman sempit memberikan satu cabaran buat pemiliknya. Bagiku, apa yang perlu diambil-kira adalah kebijaksanaan dalam memilih perabot yang sesuai, kombinasi warna yang digunakan dan juga susun atur yang membantu kelancaran trafik ruang. Kadangkala kita perlu bercanda dengan kreativiti dalam menghasilkan satu gaya dekorasi yang anggun, bukan sahaja buat tatapan mata kita tetapi juga buat tetamu yang datang bertandang. Bukan untuk menjadi bahan bualan mereka, tetapi sekadar berkongsi idea dan inspirasi bahawa mereka juga boleh melakukan perkara yang sama.

"Decorating your home is not about trendy pieces and designer names, but about the warmth and creative passion that you are willing to put into it."






Yes, I love to do Do It Gorgeously project!
Kebanyakan daripada idea yang digunakan untuk mencorak keindahan kediaman kami adalah berinspirasikan konsep DIY: Do-it-yourself. Ottoman yang turut menjadi meja kopi dibuat sendiri olehku  begitu juga dengan terendak lampu lantai. Fabrik telah dibeli di IKEA dan dibalutkan pada terendak bagi memberi wajah baru. 


 





Di dalam isu yang sama dalam ruangan yang berlainan, idea dekorasi bilik anakku, Faeq Zafran Umair turut dipaparkan buat pembaca. Masihku ingat lagi sewaktu proses mendekorasi bilik ini dilakukan, aku sedang sarat mengandung pada ketika itu. Kesemua idea aku cedok dari majalah real living dan juga internet. Pom-pom memang telah lama menjadi kegilaanku, lalu aku gayakan juga di bilik si kecilku ini. Untuk pakaian Zafran, aku buat sendiri walk-in closet mini bagi mempamerkan koleksi pakaiannya. Bagi menjadikan ruang dinding bercat putih kelihatan lebih menarik, aku tampalkan alfabet ABC yang turut menjadi feature wall ruang.


Aku memang sangat sukakan 'pom-pom'. Kalau boleh, nak penuhkan ruang siling dengan pom-pom pelbagai warna!



Bagiku, proses dekorasi merupakan pengalaman yang sangat menarik. Apa yang penting adalah perancangan dan juga membuat mood board. Hiaskan kediaman anda dengan hati yang ceria, pastinya hasilnya membuat anda terasa bahagia!