Sunday, October 30, 2011

what's On The Table?



Sepatutnya, hari ini aku akan update weekend projekku, carrot cake. Unfortunately, this weekend project terpaksa postponed disebabkan bahan-bahan tak mencukupi, takde ground almond. Macam tak best plak buat resipi dengan bahan ala kadar. Dah dua resipi carrot cake  yang aku tengok ada letak ground almond (yang mana aku baru perasan), well ...  I'll try to get that ingredient by ASAP supaya aku boleh mencuba resipi carrot cake within this weekdays since this weekend akan balik kampung untuk Hari Raya Haji. So, there's nothing on my table that I can show to you.

But on Saturday, seperti yang dimaklumkan, aku membuat Strawberry Oatmeal Swirls lagi (memang tak jemu buat banyak kali) dan Shepherd's Pie for breakfast. Kali ini resipi SOS aku gunakan resipi asal dari Nigella iaitu menggunakan plain yogurt instead of whipped cream yang selalu aku buat. Ermm ... honestly, aku tak berapa suka dengan kombinasi strawberry & yogurt, macam tak berapa 'kick' je. Disebabkan rasa yogurt yang kemasaman & strawberry yang kurang manis, so SOS terasa kurang nikmatnya. Aku lebih prefer whipped cream, barulah SOS rasa lebih lemak berkrim disukai ramai! So, aku cadangkan kepada sesiapa yang ingin mencuba, lebih enak gunakan whipped cream bagi resipi SOS ini (walaupun yogurt pilihan yang lebih sihat!). Pagi itu, aku breakfast bersama Zafran, just the two of us!








Anyway, aku beli serveware Rachael Ray di KK Home saja, memang berbaloi!

Pagi tadi sempat melayan ulangan Master Chef Malaysia (TV show yang tengah hot skang selain dari Maharaja King Lawak). Kebetulan pula, episod yang ditayangkan tidak dilihat lagi sebelum ini (Rabu lepas aku ke dinner theme party). Menariknya, episod Master Chef kali ini adalah cabaran menghasilkan Tiramisu resipi signature Chef RizRedz (kalau ada yang tidak tahu, beliau adalah anak lelaki Chef Wan). Alahai jealous plak, diorang dapat buat Tiramisu guna resipi Chef Riz, aku nak juga! Tiramisu ini ada dijual di kafe Chef Riz, On The Table yang terletak di Solaris Dutamas. Bercerita tentang kafe Chef Riz, September lalu aku mendapat jemputan ke kafenya (sebenarnya to represent  my bos). Dekorasi kafenya sangat menarik, I love it! And of coz, the beautiful decor as a compliment to a good food! The foods are faboulous and yummylicious. Me, hubby & Zafran truly enjoy our dishes and even hubby dah listed On The Table dalam senarai kafe pilihannya.

Owh ... I'm missing Zafran Bieber's hair, hehehe...

And lucky me mendapat layanan istimewa dari Chef Riz (this is our first meet and I'm to shy untuk request foto bersama. Furthermore, he's really busy at the kitchen!). I'm even more lucky dapat merasai signature dish Chef Riz; authentic Malay's food in contemporary presentation. Sememangnya, hidangan yang sangat lazat (rupapun sangatlah menawan) especially lontongnya, buat aku terasa-rasa sampai sekarang!


Menurut Chef Riz, On The Table mengenengahkan hidangan seluruh dunia, menu autentik namun dipersembahkan dalam gaya kontemporari. Neway, kalau sudah ke Solaris Dutamas, tak salah kiranya untuk singgah ke On The Table dan merasai sendiri keenakan makanan di sini bertemankan gaya dekorasi yang menawan. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Aku juga akan berkunjung ke sini lagi, hendak mencuba Tiramisu!

 

Nampaknya, weekend kali ini tidak membuahkan hasil apa-apa (nothing on the table!). Petang, kami sekeluarga ke The Curve. Aku mencari barang-barang untuk photoshooting, hubby shopping, while Zafran being very moody (gara-gara mengantuk!). Balik ke rumah sudah penat untuk membuat apa-apa, walaupun plan back-up hendak mencuba resipi Nigella, Sticky Toffee Pudding (still nothing on the table).  Owh ... hopefully weekdays akan lebih bermakna dengan percubaan resipi baru. Go Fizella!

Saturday, October 29, 2011

A colorful stay at Pantone!

Via PANTONE HOTELTM
NO! I didn't stay at this hotel yet. But, hey .. who doesn't want to go to this hotel? I want to go there! Pantone, nama yang tidak asing lagi dalam persada warna (color coding system). Dari mengenengahkan pelbagai warna-warna dalam kehidupan, kini beralih setapak lagi dalam dunia perhotelan, PANTONE HOTEL (no, you're not dreaming, this is a real hotel!). Actually, aku pun baru tahu tentang kewujudan hotel ini meskipun sudah dibuka sejak tahun lepas lagi. 
PANTONE HOTEL terletak di Brussels yang telah direka bentuk oleh Michel Penneman dan Oliver Hannaert. Sememangnya hotel ini menawarkan gaya dekorasi berasaskan warna-warni sebagaimana yang anda lihat pada color palettes mereka. Well, designers ... this would be your perfect get away to indulge your graphicy or arty sense. Keseluruhan gaya dekor sememangnya menceriakan suasana dan mempamerkan warna mengikut emosi pada setiap tingkat hotel sebanyak 7 tingkat ini. Mempunyai sebanyak 59 buah bilik, pastinya anda terbuai dengan keindahan gaya yang mempesona bersulamkan palet warna yang menarik (tidak, aku tidak dibayar untuk membuat promosi ini!). Untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi, silalah ke: http://www.pantonehotel.com

Surrounded by all these colors, it is almost impossible to feel blue!
Via PANTONE HOTELTM

Via PANTONE HOTELTM

Via PANTONE HOTELTM

Via PANTONE HOTELTM
  


Via PANTONE HOTELTM


Via PANTONE HOTELTM
Via PANTONE HOTELTM
Via PANTONE HOTELTM
    
Via PANTONE HOTELTM

Via PANTONE HOTELTM


*P/S : Weekend project minggu ini, aku nak try buat carrot cake pula. I'm so excited dengan buku cuisine baru yang kubeli di MPH semalam, ada resipi carrot cake jugak. Oklah, dapur cap Gombak, bersedia untuk berbakti kepada FizellaTM  . Sebelum itu, mari sediakan breakfast untuk hari ini. Menunya adalah Shepherd's Pie (dibuat khas sebab Zafran sangat sukakannya) dan Strawberry Oatmeal Swirl (again! Well, I love it so much ... huhuhu, tapi kali ini aku ikut resipi original Nigella. Aku gunakan plain yogurt). Have a nice weekend y'all!

Friday, October 28, 2011

Kuch-Kuch Hota Hai!


Photo by Issac Mikhail 

Masih teringat lagi suatu ketika dulu apabila mood Bollywood melanda negara kita. Hari Raya pun cerita Hindustanlah yang menjadi pilihan untuk dipertontonkan di televisyen. Haih ... Shah Rukh Khan menjadi kegilaan ramai wanita. Tetapi tidak dinafikan olehku, menonton cerita Hindustan walaupun jalan ceritanya ke laut, kadang-kadang membuatkan kita tersenyum dan dibuai perasaan. Malahan, boleh terbit emosi berlebihan. Lebih-lebih lagi apabila melihat cerita yang cinta antara hero dan heroin yang dihalang, tidakpun sang jahat yang susah sangat wataknya terbunuh. Huh, memang emosional bila tengok.

Aku bukanlah hendak bercerita mengenai cerita Hindustan tapi terbawa-bawa dengan mood Bollywood yang ditiupkan oleh tema makan malam teman designerku, Lizam. Memang diakui inilah kali pertama aku pergi ke dinner party yang bertema (walaupun aku berpakaian tak berapa nak kena tema ... sorry Lizam). Tema pada malam itu adalah Splendor of India bersempena dengan perayaan Diwali yang jatuh pada hari itu juga. Dah namapun designer, sudah pastilah setting tema yang dibuat juga meletup. I love his ideas and the cosy setting, it's very beautiful! And also the flower arrangement, I love the colors and the flowers. Aku taknak banyak sangat bercerita pasal dekor tema ini, let's the pictures talking!

Sesuai dengan temanya, alunan muzik latar yang menemani tetamu malam itu adalah lagu India klasik. Terasa seperti berada di agam pelakon Bollywood pula (almaklum, tuan rumah memang glam malam tu). Makan pula beralaskan daun pisang dan minum di dalam gelas besi, fuh ... terbaek! Menu malam itu memang sangat menyelerakan, apatah lagi cupcake yang dinanti-nantikan selama ini juga disediakan (khas buatku, thanks Sham!), iaitu Oreo Cupcake, erm ... yummylicious! Aku sekeluarga sangat kekenyangan malam itu begitu juga dengan Kak Azz. Zafran pun mood baik je, walaupun seperti biasa dia tidak mahu sangat dengan orang yang tidak dikenali. Dalam perjalanan pulang, sambil berbual kosong dengan hubby (sebenarnya kami banyak berbual tentang dekor kediaman Lizam yang sangat cantik, ohh ... we love the atmosphere very much especially the Louis Ghost Chair!), aku katakan padanya "Sayang, lain kali kita buat hosting macam ni jugak la. Ada tema, barulah best!" Hubby mengangguk saja. "Tapi, diorang nak layan ke kalau saya buat tema nanti?" Hurm ... macam satu persoalan besar yang berlegar-legar di atas kepala, tapi tak kisahlah, layan ke tak layan, janji aku berpuas hati. So folks, wait for the next hosting with a special themes!

Photo by Issac Mikhail
Photo by Issac Mikhail

The decor theme was amazingly beautiful. Photo by Issac Mikhail





Photo by Issac Mikhail

Photo by Issac Mikhail




Photo by Issac Mikhail



Wednesday, October 26, 2011

Fizella Kitchen: The 'Gombak' Express


Eh ... dah macam show kat Channel AFC plak! Fizella Kitchen: The "Gombak' Express! (hehehe ... terlebih sudah). Hurm ... kenapa 'Gombak'? Ramai yang tertanya-tanya mengapa nama 'Gombak' yang digembar-gemburkan olehku. Tiap-tiap kali asyik mention dapur cap 'Gombak'. Well, masih ingatkah anda dengan iklan Petronas tentang kasut Gombak? Sekiranya sudah terlupa, mari aku imbaukan kembali iklan yang mempopularkan nama 'Gombak' ini.


Haaa ... dah ingatkan? Iklan Petronas yang memang mempunyai mesej yang mendalam dan menjadikan trendsetter untuk kita mencintai barangan tempatan. Aku pula takdelah bermaksud untuk mempergunakan nama 'Gombak' sewenang-wenangnya (manalah tau, ada anak Jati Gombak yang terasa pula). Ia sekadar ekspresi bahawa dapurku adalah buatan tempatan (alah, kira 'Gombak' tu sebagai metafora je la!). Sudah beberapa hari juga aku tidak update apa-apa post di blog ini memandangkan laptop aku tengah mood 'merajuk'. Laptop boleh turn-on tapi skrin gelap gelita je. Alahai, time-time tengah ada kerjalah dia buat hal lagi. But anyway, I try as hard as I can to update my blog (thanks to follower yang mengikuti blog aku ini, ada follower ke?).

Baiklah, berbalik kepada dapur cap 'Gombak' tadi, weekend yang lalu aku telah menjemput rakan-rakan Sengalian's ku untuk merasmikan buat pertama kalinya Fizella Kitchen membuat hosting makan-makan. Sebenarnya, tercetusnya acara gedik santai ini bertitik-tolak dari plan weekendku yang ingin mencuba resipi 'Tiramisu'. So, di atas kesungguhan (hehehe...bersungguh betul mereka ini) ingin merasai Tiramisu percubaan pertamaku, akupun berfikir adalah lebih baik aku menjamu hidangan yang lain juga. So, untuk acara pertama Fizella Kitchen: The "Gombak' Express!, aku telah menyediakan Appetizers: Baked Beans Bruschetta, Avacado Bruschetta & Strawberry Oatmeal Swirl. Main courses pula adalah Spaghetti Aglio Olio with prawn and cherry tomatoes & Shepherd's Pie. Dan the ultimate desert of the day: Fizella Tiramisu.




Memang terasa diri macam Nigella sangat hari tue. Manakan tidak, dah namapun sengal (by the wayI do luv uols! hehehe), awal-awal lagi mereka sudah tiba. Aku masih lagi membuat persediaan bahan-bahan, appetizers pun tak sempat nak dibuat lagi. So, terpaksalah mereka melihat aku memasak (kan dah ala-ala Nigella!) dan mengelabah di dapur cap Gombak ku! Terima kasih kepada sous chef Zaza kerana menjadi pembantu. Terima kasih kepada Sengalian's kerana sudi menjadi food tester di Fizella Kitchen: The "Gombak' Express!

Menikmati hidangan terakhir, the ultimate Fizella Tiramisu

Sebenarnya, banyak juga research yang telah kubuat bagi mendapatkan resipi Tiramisu ini. Dari resipi Nigella, ke Gordon Ramsay, hinggalah ke Jamie Oliver dan juga beberapa bloggers. Jika diperhatikan betul-betul kesemua resipi Tiramisu memerlukan anda meletakkan alkohol. Secara tidak langsung situasi ini membuatkan aku terfikir tentang Tiramisu yang dijual di kedai-kedai kek di luar sana. Apatah lagi teman sepejabat juga mengatakan kebanyakan Tiramisu yang dirasainya mempunyai rasa alkohol. Aku sendiri tidak dapat membezakan mana satu yang mempunyai rasa alkohol, mana satu yang tidak. So, adalah lebih baik keraguan ini diatasi dengan membuat Tiramisu sendiri. Ya, ia adalah jalan yang paling selamat walaupun kosnya lebih kurang sama dengan Tiramisu yang dibeli! Bagi resipi Tiramisu Fizella (hehehe...gedik sedikit), aku telah kombinasikan resipi Nigella dan resipi yang diberi oleh officemate (yang mana aku fikirkan confirm menjadi kalau dibuat). So, Fizella Tiramisu dihasilkan dengan lapisan bawah menggunakan adunan mascarpone cheese dan lapisan atas adunan cream cheese. Lapisan mascarpone memberikan rasa yang lebih thick manakala cream cheese rasa yang lebih ringan (I rather choose the mascarpone for the next trial). But still, I have to improve my recipe, so I won't give the Tiramisu recipe for you guys till I really satisfied with the taste. Actually, I lost my taste-bud that day, I can't compare between my own Tiramisu and Tiramisu I've tried before! But komen dari hubby, dia suka and also my niece yang suruh aku buat Fizella Tiramisu lagi. Dari Sengalians aku tak tahu, comments please uols!!!

Seusai menikmati 5 course meals dari Fizella Kitchen: The "Gombak' Express dengan masing-masing yang kekenyangan, kami semua bersantai menonton rancangan MasterChef Malaysia episod yang pertama. Dan pada ketika itulah juga aku mula berangan-angan untuk memasuki ke MasterChef Malaysia pula (hahaha...layak ke dengan skill yang tak seberapa lagi ni?). Ketika semua yang dewasa sedang asyik menonton TV, lihatlah apa gelagat dua budak kecik ini, Zafran dan Mohd (anak teman baikku,Sarah). Pandai sahaja mereka mencipta agenda tersendiri, memang cutie pie, rasa nak gigit-gigit je, hahaha.


Now, is our turn to eat!

For Sunday breakfast, dek kerana ada lagi lebihan roti Perancis, so aku buat lagi menu bruschetta dengan topping baked beans, mashed avacados + eggs with mayo (which is much more better than the avacado bruschetta, sorry folks!) and tomatoes + parsley flakes. Seperti biasa hubby akan komen, sebab aku menyediakan breakfast yang tidak mempunyai nilai keMelayuan (hubby memang perut Melayu jati). And for lunch, aku masak Grilled Salmon with rosemary & thyme (memandangkan aku tidak dapat berfikir dan mencari resipi apa yang paling sesuai untuk memasak salmon). The taste actually really awesome dan sangat best untuk dimakan begitu sahaja, dalam erti kata lain untuk diratah!






And last but not least, the desert I made tribute for my little cupcake Zafran, aku membuat lagi Nutella Teacup Cake yang sebelum ini Nutella Mug Cake. Oh, I really love this teacup cake, really cute and adorable! Sesuai dijadikan salah satu hidangan hi-tea. Bahan-bahan yang digunakan masih sama, cuma kali ini aku lebihkan setiap bahan-bahan sebanyak dua sudu besar dan menambah satu sudu besar madu untuk menjadikan kek lebih berjus. Aku juga menggunakan crushed cashew nut for filling and garnishing. Akhirnya, dapat juga Zafran merasai kek ini walaupun dia tidak 'menolong' sama kerana dibawa bermain di playground oleh hubby. Okay, done writing (actually too much writings for this post), let's the pictures rejoice you. Aku perlu bersiap kerana ada invitation "Splendor of India Themes Dinner Party" tonight, will update the event as soon as I can.