Thursday, May 17, 2012

Happy 2nd Birthday My Little Man!


Hari ini genaplah usia Zafran 2 tahun. It's been an amazing 2 years, watching him progress from newborn, to crawler, to toddler, and watching his personality develop too!  Happy 2nd Birthday my delicious baby boy! Mama and ayah love you very much more than you'll ever truly know. Semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan hati kami.

Seawal 6 pagi birthday's boy Zafran dah bangun tidur. Nasib baik la mama dah buat decor setting seawal semalam sambil layan Kabhi Alvida Na Kehna (disebabkan ada SRK sanggup tengok sampai habis). Kononnya nak surprisekan Zafran tapi ayahnya pulak yang terkejut. Zafran, seawal detik dia memandang ke belon, sudah sahaja melonjak gembira dan excited. Tetapi celik-celik mata je dah request tengok Upin & Ipin. Haih, besar sungguh pengaruh Upin & Ipin kat Zafran. And at one time bila dia nampak bunting Upin & Ipin kat Bukit Jelutong, his expression was: "Waahhhh ... Upin ... waahh .. ama (mama) upiinn", dengan muka yang sangat teruja, hehehe ... priceless bila tengok keletah Zafran masa tu.

Zafran melayan DVD Upin & Ipin, setiap hari tengok pun tak jemu lagi, sampai dah hafal dialog.
Sebenarnya, tahun ini kami plan untuk buat birthday party Zafran di luar, bagi dia berseronok bersama rakan-rakan seusianya. Memandangkan keadaan kesihatan emak tak mengizinkan, so buat private party je la. 3 bulan sebelum tu, aku dah fikir nak buat tema Pool Party, nampaknya kena postponed tahun depan, insyaAllah kalau ada rezeki. Maybe masa tu Zafran pun dah boleh swimming dan hopefully emak dah bertambah sihat, Amin. 

Zafran yang tersipu-sipu bila dinyanyikan lagu birthday oleh mama & ayah.
Baju favourite, he love everything about football! You are the apple of my eye!

Meskipun mini celebration, as a mother pastinya aku beria-ria buat persiapan. Hehehe, mama memang sentiasa excited untuk Zafran. Memandangkan aku ni sangat mementingkan decor in any aspect of my life, so ... table setting untuk Zafran's birthday juga mestilah sweet and simple!  Well, asalkan cantik di mataku. 

Table setting by mama for Zafran.


Harap maklum, kesemua cupcakes bukan dibuat olehku, ianya dibeli di Wondermilk. How coincidence, semalam di Wondermilk ada jual all the cutest cuppies yang sesuai untuk birthday Zafran.

Mini cuppies untuk dibawa ke rumah pengasuh. They are cute!
"As you celebrate your second birthday, you are fortunate to be surrounded by family that loves you more than mere words can express."               -  Love always, Mama


* Aku tahu dah agak bersawang blog ni, tak berkesempatan nak update and moreover dah lama tak jadi Fizella. See you again in another new blog's post.