Showing posts with label lifespresso. Show all posts
Showing posts with label lifespresso. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Happy 2nd Birthday My Little Man!


Hari ini genaplah usia Zafran 2 tahun. It's been an amazing 2 years, watching him progress from newborn, to crawler, to toddler, and watching his personality develop too!  Happy 2nd Birthday my delicious baby boy! Mama and ayah love you very much more than you'll ever truly know. Semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan hati kami.

Seawal 6 pagi birthday's boy Zafran dah bangun tidur. Nasib baik la mama dah buat decor setting seawal semalam sambil layan Kabhi Alvida Na Kehna (disebabkan ada SRK sanggup tengok sampai habis). Kononnya nak surprisekan Zafran tapi ayahnya pulak yang terkejut. Zafran, seawal detik dia memandang ke belon, sudah sahaja melonjak gembira dan excited. Tetapi celik-celik mata je dah request tengok Upin & Ipin. Haih, besar sungguh pengaruh Upin & Ipin kat Zafran. And at one time bila dia nampak bunting Upin & Ipin kat Bukit Jelutong, his expression was: "Waahhhh ... Upin ... waahh .. ama (mama) upiinn", dengan muka yang sangat teruja, hehehe ... priceless bila tengok keletah Zafran masa tu.

Zafran melayan DVD Upin & Ipin, setiap hari tengok pun tak jemu lagi, sampai dah hafal dialog.
Sebenarnya, tahun ini kami plan untuk buat birthday party Zafran di luar, bagi dia berseronok bersama rakan-rakan seusianya. Memandangkan keadaan kesihatan emak tak mengizinkan, so buat private party je la. 3 bulan sebelum tu, aku dah fikir nak buat tema Pool Party, nampaknya kena postponed tahun depan, insyaAllah kalau ada rezeki. Maybe masa tu Zafran pun dah boleh swimming dan hopefully emak dah bertambah sihat, Amin. 

Zafran yang tersipu-sipu bila dinyanyikan lagu birthday oleh mama & ayah.
Baju favourite, he love everything about football! You are the apple of my eye!

Meskipun mini celebration, as a mother pastinya aku beria-ria buat persiapan. Hehehe, mama memang sentiasa excited untuk Zafran. Memandangkan aku ni sangat mementingkan decor in any aspect of my life, so ... table setting untuk Zafran's birthday juga mestilah sweet and simple!  Well, asalkan cantik di mataku. 

Table setting by mama for Zafran.


Harap maklum, kesemua cupcakes bukan dibuat olehku, ianya dibeli di Wondermilk. How coincidence, semalam di Wondermilk ada jual all the cutest cuppies yang sesuai untuk birthday Zafran.

Mini cuppies untuk dibawa ke rumah pengasuh. They are cute!
"As you celebrate your second birthday, you are fortunate to be surrounded by family that loves you more than mere words can express."               -  Love always, Mama


* Aku tahu dah agak bersawang blog ni, tak berkesempatan nak update and moreover dah lama tak jadi Fizella. See you again in another new blog's post. 

Monday, March 19, 2012

A raw beauty at Sekeping Tenggiri


Sekeping Tenggiri ... as poetic as it name, me and hubby truly falling head over heels in love with this place. Upon stepping into this exotic house, visitors will have a view of plants of all textures, shapes and sizes, hanggin from the roof. Great views and natural ventilation from these landscapes brings out the relaxation effect for those who stay here. The retreat is a corner double storey link house which is the refurbishment of 2 original linkhouse units and feature a “back to basic”concept designed by the exceptional local landscape architect, Seksan.

We booked Courtyard Room since Skyview Room that we want not available. But we just falling in love with this room as we step-in. 

Welcome to our room, Courtyard Room ... 


As you can see, the walls are unrended and the colours of brick walls provide a cozy ambiance. The interior is adorned with very interesting pieces of local art. The fixtures and fittings are salveaged materials  from old malay kampung style houses (I truly love this concept).


While their attached bathrooms are roofless, guest can enjoy a warm bath beneath the clear blue sky.


Night scene also breathtaking ... even though we still in the city, Sekeping Tenggiri kept away from the hustle and bustle of the city life.


I choose this gorgeous retreat as our 3rd Wedding Anniversary mini retreat, a 'surprise' gift for three of us. If you interested on the idea of invitation, you can download 'DIY Valentine Popcorn Invitation' from here. While for 'DIY origami heart love note', you can download from here, and 'DIY Je t'aime coffee cup wrappers' at here. You can personalize any DIY project with your own style. I just loved these kind of cute way to make your day much more special.



I seriously enjoyed my time in Sekeping Tenggiri, so does hubby and Zafran. Definitely gonna visit this place again. Every room is worth the stay, if you appreciate uniqueness. I always inspired by Seksan Design, me and hubby truly adore the architecture and wish our own house like this (early exposure to our becoming architect aka Zafran ... hehehe).



The address is 48, Jalan Tenggiri, Taman Bukit Pantai, and you can see some pictures here and read an interview with Seksan about it here. Here is the video tour for you. I wish I can be a lodging reviewer, introduce a different lodging experience from the usual hotels. Till then, wait for my next recipe post, special recipe for our wedding anniversary. 

Wednesday, December 7, 2011

The Devil wears PRADA!



Watch out for this devil! Oh my ... she's truly the devil inside. Please go away from me!!! I hate you! Yes,  I sincerely hate you. Owh ...pergilah jauh dari diriku! Tetapi jangan salah anggap pula, situasi aku bukanlah seperti Andrea dengan bosnya Miranda, which is a monster boss who makes Cruella de Vil look like a fluffy bunny, hehehe. The devil yang aku maksudkan adalah the devil inside me! Hahaha ... the devil yang menyekat kemahuan aku untuk melakukan projek baking (huhuhu ... harus devil tu pakai PRADA jugakkan!). Wargh ... I know, it's been a long time for me not to do a weekend's project. Gosh, I feel guilty to myself, honestly. 

Last weekend sememangnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti (alasan untuk tidak membaking!). On Sunday, as planned before, aku, Zaza dan Niza akan ke rumah Dee untuk melawat Dzara. Tetapi terpaksa dibatalkan, since Dzara disuspek ada joundice. Disebabkan masa tu dah pun on the way, me and hubby meneruskan perjalanan kami tetapi dengan agenda lain iaitu furniture hunting (dah lama jugak kami tak membuat aktiviti ini). Inilah masa untuk berangan dekor rumah dengan furniture baru. We spotted some great-looking furniture at Furniture Mall and GDO.




Memandangkan kami memang sudah berada di Kota Damansara, so aku pun mencadangkan kepada hubby untuk try lunch di The Tranquerah (oleh kerana pernah melihat di dalam MasterChef Malaysia). The Tranquerah menyajikan sajian Nyonya Melaka, di mana resipi dan menu dicipta dan supervised oleh Chef Selebriti Masakan Nyonya, Florence Tan. Tranquerah berasal dari nama jalan di Melaka iaitu Jalan Tengkera.



Owh, dear...konfrontasi oleh Zafran.
Baiklah, aku lebih suka menyentuh paparan gaya dekorasi restoran ini terlebih dahulu sebelum menceritakan tentang menunya. Biasalah, dekorasi itu penting bagiku pada setiap restoran kerana ia antara faktor penyumbang terbesar yang mempengaruhi pengunjung agar tertarik untuk singgah. Dapat diperlihatkan penggunaan bahan-bahan dikitar semula sebagai asas dekorasi dan perincian seni bina. Sebenarnya, penggunaan material sebeginilah dapat mewujudkan personaliti yang istimewa pada wajah ruang. Perincian aksesori juga dititik beratkan, kebanyakannya mempunyai pengaruh Baba & Nyonya serta unsur-unsur tradisional. 





Okay, cukup tentang dekor (aku bukan penulis majalah dekor itu lagi!), sekarang bercerita tentang menu pula. Bagi lunch kami hari itu, we ordered Itik Tim Soup, Kangkung Goreng Sambal Belacan, Nyonya Curry Chicken, Pink Kebaya and Cendol. OMC ... portion hidangan adalah sangat besar bagi kami tiga beranak. Zafran sukakan Itik Tim Soup, while me and hubby agreed that their Kangkung Goreng Sambal Belacan and Cendol are extremely delicious! Yeah ... I still craving for their Cendol because they using pure Gula Melaka! I'm drooling already. 






A must try!
Since earlier plan nak pergi melihat Dzara yang chomel, aku telahpun memesan macarons daripada Zaza memandangkan dia breakfast di Levain. Aku minta Zaza pilih lima perasa terbaik: Fraise (strawberry), Cassis (Blackcurrant). Macchiato (Coffee), Friut de la Passion & Mango dan Framboise (Raspberry). Antara kesemua perasa ini, aku paling sukakan Macchiato, I'm such a coffeeholic! Overall, the taste was good and also the look, except the meringue texture. T forty two is still number one for me, second will be Levain and third will be Whisk's macarons.




 

Before that, on Saturday evening, me and hubby are going to The Club, Bukit Utama for dinner with my in-laws and trying their new menu. Hubby as usual, will go for Malay menu and I'm trying their new western menu, Rosemary Grilled Chicken. The food there are nice, they got a lots of menu range from local to western. 






And guess what, we almost lost our parking ticket here, what a day! Hubby coincidently dropped the ticket near our parking lot.

This picture prove that he still hold the parking ticket. 
Then, before going back to our home, we dropped by at Kota Damansara Uptown. Percaya tak, ini adalah kali kedua aku pergi ke sini. Susah sungguh hendak mengawal pergerakan Zafran di sana. Dia tak berhenti-henti lari ke sana ke mari. Tapi apa yang membuatkan dia berhenti berlari adalah ini.


Ya, skuter telah membuat Zafran berhenti! Lama juga aku dan hubby duduk menunggu dia melihat keseronokan kanak-kanak lain bermain motosikal. Jenuh memujuk namun masih tak mahu balik. At last, sewakan juga si skuter pink ini untuknya meskipun dia tidak tahu bermain. Lihatlah ekspresinya, sangat teruja dan seronok. Dan sekali lagi aku dan hubby mengalami masalah untuk memujuk Zafran pulang. Kesian pula melihat dia menangis tatkala diangkat hubby dari tempat duduk skuter pinknya. Lepas ini ... misi kami berdua mencari motorsikal untuk Zafran pula, di mana nak cari??? Sabar ye sayang mama.


Friday, December 2, 2011

Zafran's room & Eva Dzara


Merancang dekorasi untuk bilik si kecil memberikan satu pengalaman yang indah buatku. Meskipun pada ketika itu aku sedang sarat mengandung, namun memikirkan betapa excitednya aku untuk menyambut kehadiran bayi pertamaku ke dunia, lalu aku dan suami bersama-sama berkongsi idea dan tenaga menghias bilik untuk si kecil kami. Jika sebelum ini aku pernah memaparkan post mengenai dekorasi kediaman ku, kini aku ingin berkongsi dengan lebih terperinci mengenai dekorasi bilik si kecil kami.

Zafran kini sudah pun menjangkau setahun enam bulan. Namun, tiada istilah lapuk bagi gaya dekorasi. Tidak salah kiranya aku berkongsi idea dan inspirasi tentang bagaimana menata gaya ruang bilik tidur buat si kecil anda. Kebanyakan elemen-elemen dekorasi yang terdapat di ruang ini adalah hasil projek DIY. Bagiku, dengan melakukan projek sebegini, ruang lebih mempunyai personaliti tersendiri. Ruang dinding bilik sengaja ku biarkan polos dengan cat rona putih, agar dekorasi kelihatan lebih menyerlah. Lagi pula, kediaman ini merupakan rumah sewa, tidak perlu melabur banyak untuk mengecat dinding! Apa yang penting anda pandai bermain dengan warna-warna aksesori dalam menjadikan ruang lebih ceria dan menarik. 

Owh ... I truly miss masa Zafran tengah baby, sangat tembam .. gewwamm!!!


Baiklah, mari berbicara soal dekorasi pula. Dekorasi kebiasaannya berkait rapat dengan daya kreativiti kita. Sekiranya fikiran anda buntu untuk mencari idea dekorasi, anda boleh melayari internet ataupun membeli majalah atau buku dekorasi sebagai bahan rujukan. Tak salah juga sekiranya anda ingin meminjam idea-idea yang ada dan digarapkan dalam cara anda tersendiri. Berikan sedikit sentuhan peribadi agar gaya tidak kelihatan seperti copy-cat 100%. Kebanyakan idea yang aku terapkan di dalam penggayaan kamar si kecilku ini, merupakan rujukan dari blog-blog pereka dari Australia.


Oleh kerana tema kamar ini berwarna putih, baby cot yang asalnya berwarna coklat telah dicatkan rona putih oleh hubbyku. Kemudian aku gandingkan dengan lampu gantung dan kelambu dari Ikea yang dihiasi dengan pom-pom buatan sendiri. Untuk tutorial sila klik link ini dari Martha Steward.


Aku sangat jatuh cinta dengan idea peletakan alfabet sebagai hiasan dinding. So, aku memang beria untuk merealisasikan idea ini dalam penataan kamar Zafran. Kebetulan aku terjumpa pelekat alfabet di sebuah kedai stationary di The Curve, yeay ... impian terlaksana! The tricky part adalah membuat base untuk setiap alfabet ini. Aku beli gabus nipis dan memotong mengikut bentuk setiap alfabet (thanks to hubby yang sangat membantu pada ketika itu, memandangkan time tu memang dah sarat sangat perut). Teringat kembali, setiap hari seusai kerja dan tiba di rumah, mesti masa banyak dihabiskan untuk mendekorasi bilik ini.



Bagi memberikan impak warna pada ruang, bean bags merupakan pilihan alternatif bagi menggantikan penggunaan kerusi atau sofa. Sesuai dijadikan tempat menyusu bagi bayi. Now, beralih kepada mini closet Zafran. Idea ini aku perolehi sewaktu melihat katalog Ikea. So, aku beli palang penyangkut dan para mini untuk dijadikan sebagai mini walk-in closet buat Zafran. I love this idea!


Untuk dekorasi dinding, kebanyakannya aku bermain dengan karakter-karakter comel. Dinding berhampiran dengan mini closet, aku berikan sentuhan yang berkait-rapat dengan persekitaran luar, iaitu rumah burung yang dicat sendiri olehku. Aku juga membuat figura burung untuk dilekatkan di ruang dinding bagi mewujudkan kesinambungan tema dengan rumah burung yang diletakkan. 




Well, that's all tentang kamar si kecilku, Zafran. Sekarang sudah besar pun si kecilku ini dan semakin bijak dan suka meniru apa yang orang lain buat. Bilik dia pun dah berubah rupa, sekarang sudah dijadikan dual fungsi sebagai kamar tetamu memandangkan Zafran tidak mahu tidur sendiri (hurm ... memang tak nak berenggang ngan mama langsung!). Kadang-kadang geram juga dengan ragamnya, tapi dialah penghibur aku dan hubby.


Now, let's me introduce to you Eva Dzara. Dzara adalah baby pertama Dee & Ed. Owh, memang sangat comel, kecik je ... geram je tengok. Masa aku datang melawat, Dzara sedang lena tidur, tersangat lena walaupun Zafran dok buat bising, hehehe. Hurm ... macam mana la Zafran kalau ada adik nanti, sekarang pun dah manja sangat! Lunch hour tadi sempat ke Empire Shopping Gallery untuk mencari gift buat Dzara. OMC ... memang crazy bila tengok baby girl's clothing! Semuanya cute, pretty and adorable. Memang seronok shopping barang-barang untuk baby girl, banyak aksesori dan paling penting banyak sangat pilihan. Anyway, for Dee & Ed, congratulation for your newborn baby, Eva Dzara.