Showing posts with label Diari Editor. Show all posts
Showing posts with label Diari Editor. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Ini baru betul MasterChef!



Nigella Lawson? Sudah tentulah dia MasterChef bagiku, memang tidak dapat dinafikan lagi betapa dia memberi inspirasi dalam dunia 'baking' ku. Tetapi ... aku juga berbangga dengan Chef handalan dari Malaysia, siapa lagi kalau bukan Chef Wan. Bersempena dengan ulangtahun ke-25 di dalam industri masakan, majlis pelancaran buku terbarunya 'Selera Malaysia Chef Wan' yang juga boleh didapati dalam versi Inggeris 'The Best of Chef Wan'. 



Selera Malaysia Chef Wan; menghimpun koleksi 138 resipi yang dipilih khas dengan enam kategori - daging, ayam & itik, ikan & makanan laut, kerabu & sayuran, nasi & mi dan sup. Dari apa yang boss aku maklumkan, sewaktu sesi fotografi, dia dan bekas editor lama berpeluang merasai resipi-resipi di dalam buku ini, dan apa yang penting semuanya sedap! That's why, resipi Chef Wan ini perlu dicuba (namun, aku masih mengumpul semangat untuk mencuba, hehehe).

Ramai juga jemputan yang hadir, terutama dari kalangan chef tempatan yang tidak kurang hebat di persada masakan. Antaranya, Chef Florence Tan (erm .. teringat plak cendol kat Tranquerah, the best cendol in the world!), Chef Norzalina Nordin dan Chef Zaidah. Paling best, berpeluang bergambar bersama Otai MasterChef ini.

Chef Norzalina Nordin & Chef Florence Tan
Pelancaran buku Chef Wan telah dihoskan oleh anak perempuannya sendiri, Serina. Turut hadir memeriahkan suasana majlis pelancaran adalah ahli-ahli keluarga Chef Wan sendiri seperti ibunya (buku ini juga adalah dedikasi sempena hari jadi ibu Chef Wan yang ke-80), Chef Ridz dan wife; Ana Dahlia serta si comel Tristan! 



The happy family!




Bila dah berakhir majlis pelancaran buku Selera Malaysia Chef Wan, apalagi semua mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan secara personal dari Duta Kulinari Malaysia ini. 


And before leaving, sudah semestinya aku mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Chef Wan sendiri.

The team with Chef Wan
Our team

Hurm ... now I wish untuk berjumpa Nigella Lawson pula. It's will be a fantastic moment ever ... hehehe. Anyway, semua ... Selamat Tahun Baru. What's your new year's resolutions? One of my new year's resolutions: learn to bake and cook, simply, easily and deliciously! Go Fizella!

Wednesday, November 2, 2011

Chef Wan & Carrot Cake


Ermm ... kenapa Chef Wan & Carrot Cake? Well, what can I say, these two 'C' really make my week more colourful (another one more 'C'). Last Monday, aku ada sesi photo shooting bersama Datuk Chef Wan untuk 3 buah bukunya (teringat perumpamaan yang hubby buat untukku: kalau dahulu berkawan dengan Eric Leong, kini dengan Chef Wan pula, hehehe ... seswai ke?). Seawal fotografi lagi, set diriuhkan dengan keletah Chef Wan yang tak berhenti-henti berkongsi cerita (terutama tentang pengalamannya sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega), berjenaka dan juga mengusik krew yang ada, namun masih professional tatkala lensa mula merakam aksinya. Ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan Chef Wan (bos ku sudah berkali-kali jumpa sementelah banyak projek buku Chef Wan yang telah dikeluarkan). Chef Melayu bertaraf dunia ini boleh memasak apa jua hidangan, katakan sahaja resipi masakan dari pelusuk mana ... sudah pasti mampu dibuatnya dek kerana pengalamannya yang sudah lama. Bercerita pasal dapur (memandangkan kami shooting di ruang pamer Kitchen Culture yang mahahebat bagiku), dapur yang cantik kadangkala hanya menjadi showroom pada kediaman. Kata Chef Wan, buat apa dapur bagai nak 'rak' tapi gunanya tidak! Bukan apa, sudah menjadi trend sekarang dapur sebagai pelengkap ruang, pelik rasanya rumah yang tidak berdapur!

Gosh, my without make-up face!!! My eye-bags ... 
Opss ... meleret pula, tetapi bagiku andainya mempunyai bajet yang lebih, sudah tentu mahu dapur sehebat di Kitchen Culture ini. Dapat satu set kabinet Pogen Pohl pun sudah mencukupi, dengan hood Elica yang menyerlahkan stail anggun, apatah lagi disempurnakan dengan perkakas hebat seperti produk Kitchen Aid, wah ... memang dapur idamanku!


Kembali kepada sesi fotografi bersama Chef Wan, kehadiran Tristan pada waktu tengah hari memeriahkan lagi suasana set. Memang sangat comel cucu Chef Wan ni, Tristan pula jenis yang  mudah dirapati dan tidak banyak ragam. Tak hairanlah jika Chef Wan selesa membawa Tristan bersama. Fotografi berakhir petang itu dengan shot di set dapur Ferrari yang berharga lebih RM1 juta! Fuh, rekaan yang moden dengan kabinet bukaan melalui sensor. Apa yang lebih aku tertarik adalah built-in coffee machine yang berharga RM80k jika aku tak silap, memang pilihan berbaloi buat coffeeholic (hurm ... bilalah nak ada coffee machine sendiri, anyone want to sponsor?). Berakhir cerita tentang Chef Wan.



By the way, the big bread above (Sundried Tomato) is totally delicious, all of us like it very much. I bought at Heinstand Swiss Bakery at Bangsar Village. They offered a various freshly baked bread.

Masih ingatkah tentang projek weekend yang aku plan last week? Ya, misi membuat Carrot Cake! Akhirnya, mission accomplish last nite. Sempat juga aku pergi mencari ground almond dan cream cheese sebelum pulang ke rumah. Aku tak pasti apa fungsinya ground almond (aku google and got this info: ground almond makes baked goods moister and gives them a coarser texture), tetapi resipi Chef Wan & resipi di dalam buku Mini Cakes (buku baru yang kubeli) menggunakannya. So, aku follow je la resipinya.

I love this book! The layout also pretty.

Risau yang bukan kepalang menunggu Carrot Cake pertamaku dimasak di dalam ketuhar cap Gombak. Tapi aku bakar dengan teknik stim, yang mana aku letakkan air di dulang pembakar di tingkat bawah supaya kek kekal lembap dan tak rentung terbakar (itu yang paling penting), hehehe. Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi juga. Tadaa ... inilah Carrot Cake pertamaku!

Aku buat kek dengan menggunakan acuan Bahulu Kemboja


Aku decorate guna nozzle no. 14. Ok la kot ... hahaha


Bagiku rasanya sama seperti Carrot Cake diluar, cuma aku kurang letakkan Sultanas. Semasa membuat bancuhan, nampak macam banyak je, tapi bila dimakan macam kurang pula. Tak pelah, lain kali boleh letak extravaganza! Disebabkan ada extra Carrot Cake, aku suruh hubby bawa ke office pada pagi ini dan aku bawa sedikit ke office. Harap officemate hubby menikmati Carrot Cake yang ku buat.

I'm totally bad for cake decoration, well ... got to improve it ASAP.
Teringat pula ayat hubby semalam, "Tak lama lagi bolehlah digelar sebagai chef pastri!". Aku gelak (perasannya nak bergelar chef!) dan pantas membalas, "Haah, baru perasan, asyik try recipe desert ngan cake je. Tak pernah nak cuba main course recipe." Memang diakui aku suka sangat mencuba resipi desert ( almaklum, aku memang sweet tooth). Hurm ... nampaknya kenalah aku memperkembangkan skop memasak aku selepas ini. Oklah, nak fikir apa projek masakan aku yang seterusnya. Kalau buat macarons pun best jugak (alahai ... sweet treats lagi!). Well, I have to do a research first, nanti aku update ya, but not this week since I'll be going back to my lovely hometown (but maybe I want to bake a fruit cake for Abah, hopefully menjadi la plan ni).

Friday, September 9, 2011

Bahasa menjunjung budaya

Bahasa jiwa bangsa! Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menjadikan blog ini sebagai dwibahasa. Bukan bermakna tidak menyanjung bahasa sendiri yang telah lama meresap dalam jiwa dan sanubari, namun bagiku pengetahuan itu sangat meluas. Mempelajari bahasa lain atau asing dapat memperkayakan bahasa dan ilmu yang dimiliki seseorang. Mulai hari ini, blog ini bakal diwarnai dengan bahasa Melayu/ Malaysia secara dominan dan bahasa-bahasa lain yang aku tahu, dan semestinya buat masa ini hanya bahasa Inggeris.

Bercerita tentang menjunjung budaya ini, pada Selasa yang lalu telah berlangsungnya majlis Pelancaran Buku Malaysian Customs & Etiquette yang ditulis oleh Dato' Paduka Noor Aini Abdullah di Friends to Mankind, Kota Damansara. Bercerita tentang buku ini, ia menerangkan tradisi dan budaya rakyat Malaysia yang dihuni pelbagai kumpulan etnik seperti Melayu, China dan India. Ia sangat sesuai sebagai bahan bacaan bagi mereka yang ingin mendalami cara hidup masyarakat di Malaysia yang masih dipraktiskan hingga kini. Aku akui, ia merupakan bahan bacaan yang menarik. Maklum sajalah, walaupun menjadi warganegara Malaysia, namun ada juga budaya dan adat resam bangsa lain yang kita tidak ambil peduli sebelum ini. Sekurang-kurangnya terbuka juga minda dan pengetahuan apabila membaca buku ini.

Ini merupakan majlis pelancaran buku yang pertama aku sertai setelah bekerja di tempat baru (Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn Bhd. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Dato' Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia yang turut merasmikan pelancaran buku. Ramai juga rakan-rakan media yang hadir. Bila melihat mereka, mengimbas kembali kerinduan menghadiri acara pelancaran sewaktu menjadi wartawan di majalah Impiana dahulu. Sudah tentu keseronokan disebabkan mendapat 'goodie' sewaktu pelancaran dan juga cabutan bertuah, hehehe. Dan seringkali juga aku menjadi tidak bertuah, hurm ... susah nak merasa dapat hadiah-hadiah best ni, kalau dapat pun takut kontroversi pula oppss.... , almaklum sajelah. Hanya pernah bertuah pun sekali sahaja, itupun sewaktu pelancaran tilam Goodnite Sleeping Partner oleh Eric Leong. Berjaya juga aku memenangi cabutan bertuah berupa sebuah tilam bersaiz queen yang memang empuk dan best untuk tidur. Itulah sekali dan terakhir! Mungkin ada cabutan yang lain pula bakal menanti, hahaha .... aku berdoa dengan penuh harapan.

Baiklah, harus berhenti di sini dahulu, nanti apabila ada cerita yang menarik, aku akan post di blog ini lagi. Usah segan untuk memberikan komen anda. Jumpa lagi nanti!

* Maaf, kualiti gambar agak kurang memuaskan.