Tuesday, January 3, 2012

Ini baru betul MasterChef!



Nigella Lawson? Sudah tentulah dia MasterChef bagiku, memang tidak dapat dinafikan lagi betapa dia memberi inspirasi dalam dunia 'baking' ku. Tetapi ... aku juga berbangga dengan Chef handalan dari Malaysia, siapa lagi kalau bukan Chef Wan. Bersempena dengan ulangtahun ke-25 di dalam industri masakan, majlis pelancaran buku terbarunya 'Selera Malaysia Chef Wan' yang juga boleh didapati dalam versi Inggeris 'The Best of Chef Wan'. 



Selera Malaysia Chef Wan; menghimpun koleksi 138 resipi yang dipilih khas dengan enam kategori - daging, ayam & itik, ikan & makanan laut, kerabu & sayuran, nasi & mi dan sup. Dari apa yang boss aku maklumkan, sewaktu sesi fotografi, dia dan bekas editor lama berpeluang merasai resipi-resipi di dalam buku ini, dan apa yang penting semuanya sedap! That's why, resipi Chef Wan ini perlu dicuba (namun, aku masih mengumpul semangat untuk mencuba, hehehe).

Ramai juga jemputan yang hadir, terutama dari kalangan chef tempatan yang tidak kurang hebat di persada masakan. Antaranya, Chef Florence Tan (erm .. teringat plak cendol kat Tranquerah, the best cendol in the world!), Chef Norzalina Nordin dan Chef Zaidah. Paling best, berpeluang bergambar bersama Otai MasterChef ini.

Chef Norzalina Nordin & Chef Florence Tan
Pelancaran buku Chef Wan telah dihoskan oleh anak perempuannya sendiri, Serina. Turut hadir memeriahkan suasana majlis pelancaran adalah ahli-ahli keluarga Chef Wan sendiri seperti ibunya (buku ini juga adalah dedikasi sempena hari jadi ibu Chef Wan yang ke-80), Chef Ridz dan wife; Ana Dahlia serta si comel Tristan! 



The happy family!




Bila dah berakhir majlis pelancaran buku Selera Malaysia Chef Wan, apalagi semua mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan secara personal dari Duta Kulinari Malaysia ini. 


And before leaving, sudah semestinya aku mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Chef Wan sendiri.

The team with Chef Wan
Our team

Hurm ... now I wish untuk berjumpa Nigella Lawson pula. It's will be a fantastic moment ever ... hehehe. Anyway, semua ... Selamat Tahun Baru. What's your new year's resolutions? One of my new year's resolutions: learn to bake and cook, simply, easily and deliciously! Go Fizella!

No comments:

Post a Comment