Friday, January 6, 2012

Fizella's Kitchen Strike Back!



Yes, I'm striking back at dapur cap Gombak! Meski sebelum ini sibuk dihimpit 'deadline', namun jiwa tidak pernah senyap dan sering meronta-ronta untuk memasak dan mencuba resipi baru. Dek kerana kepenatan, niat terkubur begitu saja (actually, alasan & kemalasan yang beraja di jiwa!).

Ibarat stanza cinta yang dikarang indah, begitu jugalah dunia masakan yang banyak memberi inspirasi terhadapku especially baking, which I truly enjoy it! Memandangkan ini kemunculan pertama bagi tahun 2012, Fizella's Kitchen proudly present Linguine with garlic, thyme & mushroom dan BananaBerry Swirl.


Resipi? Mudah sahaja, aku adaptasi dari resipi Nigella Express. Untuk resipi original linguine, anda boleh dapatkan di Nigella.com. Seperti biasa aku akan improvise sedikit resipi mengikut apa bahan yang ada dan juga cita rasaku sendiri. Kalau ikutkan resipi asal, Nigella gunakan Chestnut Mushroom tapi penat mencari tak terjumpa jugak. So, aku gantikan dengan Swiss Brown Mushroom, which I actually like the taste very much. Lemon pun aku tak letak sebab aku memang tak suka akan rasa jus lemon dalam  hidangan pastaku ("patutlah rasa kurang berasid" - komen hubby yang konon-kononnya judge Masterchef).



And for desert, BananaBerry Swirl menjadi pilihan. Bahan-bahan sangat simple: banana, strawberry & whipped cream. Andai sebelum ini bahan-bahan fresh dikisar, kali ini aku cuba sedikit kelainan dengan mendadu halus banana & strawberry. Banana aku campurkan sedikit perahan lemon, manakala strawberry digaul bersama gula aising sedikit. Then disusun secara layer & disejukkan sebentar. Bukan apa, rasa & tekstur pisang akan berubah kalau dibiar lebih lama.


Weekend ni sudah ada agenda baking yang bakal menanti (ye la... sudah lama tak membuat weekend project). This project will be very interesting, fun and fabulous! I'll update the progress thru my fb and later on my next post. Till then, have a great weekend readers! I heart you for reading my blog. ♥♥♥

No comments:

Post a Comment