![]() |
Via Mukha |
Memulihkan keresahanku yang masih dibayangi senario kehidupan di China yang meruntun jiwa, seusai kerja aku terus bergegas ke Mukha untuk mendapatkan ‘little theraphy’ yang terletak di TTDI ini. Ya, penat bekerja kita mahu mengulit rasa tenang dan mengusir segala masalah kerja. Meski mendambakan ketenangan di kediaman sendiri, tidak bermakna memperuntukkan masa bersantai di luar perlu dilupakan. Sekali-sekala bercanda ria dan bergossip bersama rakan, membuatkan hari lebih ceria.
Hari ini, Zaza sedia menemaniku. Memang sebelum ini aku telah merancang untuk ke sini hujung minggu yang lalu, tetapi Mukha sememangnya bercuti pada hari Ahad. So, apalagi … hari ini adalah hari yang sesuai, memandangkan craving ku terhadap Red Velvet cake sedang membuak-buak dan tidak tertahan lagi. Mukha diperkenalkan oleh rakanku, Eddie yang pernah berkunjung ke sini. Dan sejak itu, Mukha terus disenaraikan sebagai kafe pilihanku. Mukha (sebutan seakan mocha) dinspirasikan dari nama tempat di Yemen di mana semua pedagang dari serata ceruk dunia bertemu dan berdagang kopi pada kurun ke-15.
Bersantai di sini membuatkan aku terleka seketika, terleka melihat paparan dekorasinya (sambil berangan untuk mempunyai kafe sebegini satu hari nanti. Hurm ... perlu datang bersama hubby lain kali). Sememangnya pemilik Mukha ini sangat bijak bercanda dengan ilusi ruang bagi membentuk gaya dekorasi kafenya (bagusnya jika berpeluang bersemuka dengan pemiliknya). Kerana saiznya yang kecil, ruang dimaksimumkan seboleh mungkin. Apatah lagi material seni bina berteraskan eco-green. Ruang kaunter dibiarkan polos dengan binaan bata merah (aku mahukan design begini di dapurku), manakala ruang dinding indah dengan kemasan bertekstur.
Biarpun ringkas dan asas, harusku akui dekorasi kafe ini amat menyenangkan. Tidak keterlaluan tetapi keselesaan yang diberikan membuatkan ia terasa lebih akrab di hati dan mempunyai personaliti tersendiri. Rangkaian menu yang ditulis dengan kapur (chalk-art) di dinding berjaya menangkap perhatianku. Sangat chic dan versatile. Malahan, pemilik Mukha ini lebih selesa memilih perabot vintaj (bagiku perkataan ini lebih sesuai daripada ‘perabot terpakai’ memandangkan perabot vintaj masih mempunyai pesonanya tersendiri) yang tidak sepadan, secara langsung meniupkan roh eksentrik pada ruang.
Dari aspek harga, aku rasanyakan Mukha sangat berpatutan. Seperti yang dirancang aku menikmati Red Velvet, kacang fol (membuatkan aku teringat akan kacang pool di Larkin) serta latte, aku memang perlukan kopi! Aroma kopinya menusuk ke hidung dan aku terbuai dengan rasa Red Velvet cake yang sangat enak dan membuatkan aku masih teringat-ingat sehingga sekarang. Zaza pula memesan Pavlova yang tidak kurang hebat rasanya.
Ya, petang itu, jauh dari kekusutan jiwa, Mukha dan Zaza sedia menemaniku. Sampai di kediaman sendiri pula, keletah Zafran membuatkan hidupku terasa lebih bermakna bersama kehadiran hubby di sisi. Setiap kali memandang Zafran, terus terlintas di fikiranku begitulah agaknya perasaan mak tatkala melihatku. Owh, betapa aku merindui mak dan abah! I love them very much. Okay, Hari Raya Haji ni wajib balik kampung! Dan berbicara kembali mengenai Mukha, anda perlu berkunjung ke kafe ini, nikmati kecintaan anda terhadap makanan sambil bersantai bersama teman, keluarga ataupun yang tersayang.
![]() |
He's my 'painkiller'! |
cInfo peduli Fizellad
Jalan raya di China dianggap paling berisiko kepada kemalangan di dunia dan undang-undang jalan raya sering tidak dipatuhi pengguna. Mengikut statistik polis, pada 2009 kira-kira 70,000 orang maut disebabkan nahas jalan raya dengan purata 190 korban setiap hari. (petikan dari Berita Harian)
No comments:
Post a Comment