Aku jatuh cinta dengan hiasan dalaman mahligai Jennifer Aniston di Beverly Hills. Kediaman indah pelakon jelita yang tersohor di Hollywood ini telah dipaparkan di dalam majalah Architectural Digest. Hiasan dalamannya tampak mewah dan sangat eksklusif. Keanggunan paparan dekorasi mahligai Jennifer Aniston ini telah mendapat sentuhan pereka terkemuka, Stephen Shadley yang sebelum ini juga menata rias kediaman Diane Keaton dan Woody Allen. Selama dua setengah tahun masa diperuntukkan bagi merealisasikan wajah kediaman ini.
Jennifer memanggil kediamannya ini sebagai Ohana, merujuk kepada idea masyarakat Hawai tentang keluarga yang besar. Katanya, tatkala kali pertama melihat kediaman ini, dia terus jatuh cinta dan terdetik di hatinya bahawa inilah tempatnya. Jika dilihat pada keseluruhan gaya dekorasi, suntikan elemen glamor mewarnai roh ruang.
Ruang makannya dapat memuatkan sehingga 24 orang dalam satu masa yang dilengkapi dengan meja makan dari material walnut. Menariknya, sebuah gong Thailand dari tahun 1920an menjadi alat pemanggil kepada tetamu untuk menikmati hidangan. Menurut Jennifer, ruang kegemarannya adalah ruang dapur yang lengkap dengan ketuhar pembuat pizza! Baiklah tidak mahu membuat penerangan dengan lebih panjang, apa kata anda nikmati paparan idea dekorasi mahligai pelakon jelita ini.
“Designing a house is like doing a movie: Once you’re
done, you want to say, ‘I hope you all enjoy it.’ ”
- Jennifer Aniston
Bagi membaca artikel tentang kediaman Jennifer Aniston dengan lebih lanjut, sila klik di link ini:
Jennifer Aniston at Home Homes & Spaces: architecturaldigest.com
No comments:
Post a Comment