Friday, October 28, 2011

Kuch-Kuch Hota Hai!


Photo by Issac Mikhail 

Masih teringat lagi suatu ketika dulu apabila mood Bollywood melanda negara kita. Hari Raya pun cerita Hindustanlah yang menjadi pilihan untuk dipertontonkan di televisyen. Haih ... Shah Rukh Khan menjadi kegilaan ramai wanita. Tetapi tidak dinafikan olehku, menonton cerita Hindustan walaupun jalan ceritanya ke laut, kadang-kadang membuatkan kita tersenyum dan dibuai perasaan. Malahan, boleh terbit emosi berlebihan. Lebih-lebih lagi apabila melihat cerita yang cinta antara hero dan heroin yang dihalang, tidakpun sang jahat yang susah sangat wataknya terbunuh. Huh, memang emosional bila tengok.

Aku bukanlah hendak bercerita mengenai cerita Hindustan tapi terbawa-bawa dengan mood Bollywood yang ditiupkan oleh tema makan malam teman designerku, Lizam. Memang diakui inilah kali pertama aku pergi ke dinner party yang bertema (walaupun aku berpakaian tak berapa nak kena tema ... sorry Lizam). Tema pada malam itu adalah Splendor of India bersempena dengan perayaan Diwali yang jatuh pada hari itu juga. Dah namapun designer, sudah pastilah setting tema yang dibuat juga meletup. I love his ideas and the cosy setting, it's very beautiful! And also the flower arrangement, I love the colors and the flowers. Aku taknak banyak sangat bercerita pasal dekor tema ini, let's the pictures talking!

Sesuai dengan temanya, alunan muzik latar yang menemani tetamu malam itu adalah lagu India klasik. Terasa seperti berada di agam pelakon Bollywood pula (almaklum, tuan rumah memang glam malam tu). Makan pula beralaskan daun pisang dan minum di dalam gelas besi, fuh ... terbaek! Menu malam itu memang sangat menyelerakan, apatah lagi cupcake yang dinanti-nantikan selama ini juga disediakan (khas buatku, thanks Sham!), iaitu Oreo Cupcake, erm ... yummylicious! Aku sekeluarga sangat kekenyangan malam itu begitu juga dengan Kak Azz. Zafran pun mood baik je, walaupun seperti biasa dia tidak mahu sangat dengan orang yang tidak dikenali. Dalam perjalanan pulang, sambil berbual kosong dengan hubby (sebenarnya kami banyak berbual tentang dekor kediaman Lizam yang sangat cantik, ohh ... we love the atmosphere very much especially the Louis Ghost Chair!), aku katakan padanya "Sayang, lain kali kita buat hosting macam ni jugak la. Ada tema, barulah best!" Hubby mengangguk saja. "Tapi, diorang nak layan ke kalau saya buat tema nanti?" Hurm ... macam satu persoalan besar yang berlegar-legar di atas kepala, tapi tak kisahlah, layan ke tak layan, janji aku berpuas hati. So folks, wait for the next hosting with a special themes!

Photo by Issac Mikhail
Photo by Issac Mikhail

The decor theme was amazingly beautiful. Photo by Issac Mikhail





Photo by Issac Mikhail

Photo by Issac Mikhail




Photo by Issac Mikhail



No comments:

Post a Comment