Canda ria mewarnai hujung mingguku! Waktu inilah aku berpeluang menghabiskan masa berkualiti bersama si kecilku, Zafran. Maklum sajalah, hari-hari biasa masa telah diperuntukkan lebih untuk bekerja, hanya di waktu malam sahaja berpeluang bermain atau bergurau senda dengannya. Itupun jika dia tidak tidur awal. Kadangkala, balik ke rumah hanya untuk tidur saja, dah macam hotel!
Pada pagi ini, untuk breakfast aku telah menyediakan waffles dan juga blackcurrant syrup. Seperti biasa, ilham hidangan dialiri oleh rancangan Nigella Express (I'm totally obsessed with Nigella!). Kala merancang apa yang dapat menyedapkan lagi waffle ku, mujur ilham tiba-tiba hadir. Buah anggur yang ku beli begitu masam untuk dinikmati segar begitu sahaja. Lantas teringat resipi Nigella ketika menghidangkan pancake untuk anaknya dengan menggunakan blueberry syrup. Nah, hasilnya blackcurrant syrup! Mudah sahaja untuk membuat sirap ini. Anda hanya perlu menggunakan honey (Nigella gunakan maple syrup) yang dipanaskan di dalam periuk dan tambahkan blackcurrant. Biarkan ia mendidih sehingga jusnya keluar, dan tutupkan api. Enaknya menikmati waffles dengan sirap sos yang masih panas, hurm ... truly lush!
Di dalam keseronokan aku menikmati waffles untuk breakfast, Zafran pula beria mahukan Cream Cheese Oreo (waffles tak menarik kot bagi dia). So, layankan sajalah kehendak dia. Sememangnya, apa sahaja berkaitan Oreo dia memang suka.
![]() |
Ini muka protes nak lagi Cream Cheese Oreo. |
Disebabkan hubby bekerja pada hari weekend, ada launching Hilux terbaru, aku dengan Zafran bertepuk tampar, bergurau senda, larut dalam tawa mesra bersama keletahnya yang kadang-kadang membuatkan aku geram seketika. Keseronokan hujung minggu dibuai dengan masa indah ditemani si kecilku Zafran tercinta! I have a wonderful and WOWEEKENDS!
![]() |
He insisted to wear these boots even kaki sudah tidak muat nak masuk! |
No comments:
Post a Comment