Hi all,
Atas permintaan hubbyku, aku perlu menyediakan Cream Cheese Oreo untuk dibawa ke pejabatnya. Gusar juga andainya kek yang kubuat kali ini tidak menjadi atau rasanya tidak memenuhi piawaian yang sepatutnya. Namun, aku tetap meneruskan usaha membuat Cream Cheese Oreo ini demi hubby tercinta. Maka, aku pun terfikir, apa salahnya kalau aku kongsikan langkah-langkah pembuatan secara fotografi. Oleh itu, segmen ini dipanggil sebagai 'Fiza Express Cookalong' (sebenarnya meniru inspirasi daripada Nigella lagi).
Untuk bahan-bahan bagi resipi ini, anda boleh melihat di laman Fiza Express dan lihat pada resipi Cream Cheese Oreo. Baiklah, kita mulakan dengan langkah pertama dengan meletakkan bahan crust di dalam acuan. Bahan crust adalah hasil biskut Oreo yang dikisar halus.
Setelah itu, anda boleh menyediakan bahan untuk cream cheese. Harap maaf, langkah-langkah membuatnya tidak dapat ditunjukkan. Sila lihat pada arahan resipi sebelum ini. Setelah adunan siap, masukkan sebanyak satu sudu ke dalam acuan.
Kemudian, aturkan kepingan biskut Oreo yang dipotong halus sebagai filling untuk cream cheese ini. Kalau nak rasa Oreo lebih, letakkan lebih banyak potongan biskut.
Akhir sekali, bubuh adunan cream cheese sehingga memenuhi acuan atau mengikut cita rasa anda. Sejukkan di dalam peti sejuk selama semalam.
Tadaa ... hasilnya sudah boleh dinikmati bila masa-masa sahaja. Sungguh mudah bukan?
Please do try the recipe, and let me know your thoughts!
No comments:
Post a Comment