Eh ... dah macam show kat Channel AFC plak! Fizella Kitchen: The "Gombak' Express! (hehehe ... terlebih sudah). Hurm ... kenapa 'Gombak'? Ramai yang tertanya-tanya mengapa nama 'Gombak' yang digembar-gemburkan olehku. Tiap-tiap kali asyik mention dapur cap 'Gombak'. Well, masih ingatkah anda dengan iklan Petronas tentang kasut Gombak? Sekiranya sudah terlupa, mari aku imbaukan kembali iklan yang mempopularkan nama 'Gombak' ini.
Haaa ... dah ingatkan? Iklan Petronas yang memang mempunyai mesej yang mendalam dan menjadikan trendsetter untuk kita mencintai barangan tempatan. Aku pula takdelah bermaksud untuk mempergunakan nama 'Gombak' sewenang-wenangnya (manalah tau, ada anak Jati Gombak yang terasa pula). Ia sekadar ekspresi bahawa dapurku adalah buatan tempatan (alah, kira 'Gombak' tu sebagai metafora je la!). Sudah beberapa hari juga aku tidak update apa-apa post di blog ini memandangkan laptop aku tengah mood 'merajuk'. Laptop boleh turn-on tapi skrin gelap gelita je. Alahai, time-time tengah ada kerjalah dia buat hal lagi. But anyway, I try as hard as I can to update my blog (thanks to follower yang mengikuti blog aku ini, ada follower ke?).
Baiklah, berbalik kepada dapur cap 'Gombak' tadi, weekend yang lalu aku telah menjemput rakan-rakan Sengalian's ku untuk merasmikan buat pertama kalinya Fizella Kitchen membuat hosting makan-makan. Sebenarnya, tercetusnya acara gedik santai ini bertitik-tolak dari plan weekendku yang ingin mencuba resipi 'Tiramisu'. So, di atas kesungguhan (hehehe...bersungguh betul mereka ini) ingin merasai Tiramisu percubaan pertamaku, akupun berfikir adalah lebih baik aku menjamu hidangan yang lain juga. So, untuk acara pertama Fizella Kitchen: The "Gombak' Express!, aku telah menyediakan Appetizers: Baked Beans Bruschetta, Avacado Bruschetta & Strawberry Oatmeal Swirl. Main courses pula adalah Spaghetti Aglio Olio with prawn and cherry tomatoes & Shepherd's Pie. Dan the ultimate desert of the day: Fizella Tiramisu.
Memang terasa diri macam Nigella sangat hari tue. Manakan tidak, dah namapun sengal (by the way, I do luv uols! hehehe), awal-awal lagi mereka sudah tiba. Aku masih lagi membuat persediaan bahan-bahan, appetizers pun tak sempat nak dibuat lagi. So, terpaksalah mereka melihat aku memasak (kan dah ala-ala Nigella!) dan mengelabah di dapur cap Gombak ku! Terima kasih kepada sous chef Zaza kerana menjadi pembantu. Terima kasih kepada Sengalian's kerana sudi menjadi food tester di Fizella Kitchen: The "Gombak' Express!
![]() |
Menikmati hidangan terakhir, the ultimate Fizella Tiramisu |
Sebenarnya, banyak juga research yang telah kubuat bagi mendapatkan resipi Tiramisu ini. Dari resipi Nigella, ke Gordon Ramsay, hinggalah ke Jamie Oliver dan juga beberapa bloggers. Jika diperhatikan betul-betul kesemua resipi Tiramisu memerlukan anda meletakkan alkohol. Secara tidak langsung situasi ini membuatkan aku terfikir tentang Tiramisu yang dijual di kedai-kedai kek di luar sana. Apatah lagi teman sepejabat juga mengatakan kebanyakan Tiramisu yang dirasainya mempunyai rasa alkohol. Aku sendiri tidak dapat membezakan mana satu yang mempunyai rasa alkohol, mana satu yang tidak. So, adalah lebih baik keraguan ini diatasi dengan membuat Tiramisu sendiri. Ya, ia adalah jalan yang paling selamat walaupun kosnya lebih kurang sama dengan Tiramisu yang dibeli! Bagi resipi Tiramisu Fizella (hehehe...gedik sedikit), aku telah kombinasikan resipi Nigella dan resipi yang diberi oleh officemate (yang mana aku fikirkan confirm menjadi kalau dibuat). So, Fizella Tiramisu dihasilkan dengan lapisan bawah menggunakan adunan mascarpone cheese dan lapisan atas adunan cream cheese. Lapisan mascarpone memberikan rasa yang lebih thick manakala cream cheese rasa yang lebih ringan (I rather choose the mascarpone for the next trial). But still, I have to improve my recipe, so I won't give the Tiramisu recipe for you guys till I really satisfied with the taste. Actually, I lost my taste-bud that day, I can't compare between my own Tiramisu and Tiramisu I've tried before! But komen dari hubby, dia suka and also my niece yang suruh aku buat Fizella Tiramisu lagi. Dari Sengalians aku tak tahu, comments please uols!!!
Seusai menikmati 5 course meals dari Fizella Kitchen: The "Gombak' Express dengan masing-masing yang kekenyangan, kami semua bersantai menonton rancangan MasterChef Malaysia episod yang pertama. Dan pada ketika itulah juga aku mula berangan-angan untuk memasuki ke MasterChef Malaysia pula (hahaha...layak ke dengan skill yang tak seberapa lagi ni?). Ketika semua yang dewasa sedang asyik menonton TV, lihatlah apa gelagat dua budak kecik ini, Zafran dan Mohd (anak teman baikku,Sarah). Pandai sahaja mereka mencipta agenda tersendiri, memang cutie pie, rasa nak gigit-gigit je, hahaha.
Seusai menikmati 5 course meals dari Fizella Kitchen: The "Gombak' Express dengan masing-masing yang kekenyangan, kami semua bersantai menonton rancangan MasterChef Malaysia episod yang pertama. Dan pada ketika itulah juga aku mula berangan-angan untuk memasuki ke MasterChef Malaysia pula (hahaha...layak ke dengan skill yang tak seberapa lagi ni?). Ketika semua yang dewasa sedang asyik menonton TV, lihatlah apa gelagat dua budak kecik ini, Zafran dan Mohd (anak teman baikku,Sarah). Pandai sahaja mereka mencipta agenda tersendiri, memang cutie pie, rasa nak gigit-gigit je, hahaha.
![]() |
Now, is our turn to eat! |
For Sunday breakfast, dek kerana ada lagi lebihan roti Perancis, so aku buat lagi menu bruschetta dengan topping baked beans, mashed avacados + eggs with mayo (which is much more better than the avacado bruschetta, sorry folks!) and tomatoes + parsley flakes. Seperti biasa hubby akan komen, sebab aku menyediakan breakfast yang tidak mempunyai nilai keMelayuan (hubby memang perut Melayu jati). And for lunch, aku masak Grilled Salmon with rosemary & thyme (memandangkan aku tidak dapat berfikir dan mencari resipi apa yang paling sesuai untuk memasak salmon). The taste actually really awesome dan sangat best untuk dimakan begitu sahaja, dalam erti kata lain untuk diratah!
And last but not least, the desert I made tribute for my little cupcake Zafran, aku membuat lagi Nutella Teacup Cake yang sebelum ini Nutella Mug Cake. Oh, I really love this teacup cake, really cute and adorable! Sesuai dijadikan salah satu hidangan hi-tea. Bahan-bahan yang digunakan masih sama, cuma kali ini aku lebihkan setiap bahan-bahan sebanyak dua sudu besar dan menambah satu sudu besar madu untuk menjadikan kek lebih berjus. Aku juga menggunakan crushed cashew nut for filling and garnishing. Akhirnya, dapat juga Zafran merasai kek ini walaupun dia tidak 'menolong' sama kerana dibawa bermain di playground oleh hubby. Okay, done writing (actually too much writings for this post), let's the pictures rejoice you. Aku perlu bersiap kerana ada invitation "Splendor of India Themes Dinner Party" tonight, will update the event as soon as I can.
No comments:
Post a Comment