Kata Grimod de la Reyniere, "The kitchen is a country in which there are always discoveries to be made..." Ada benarnya, lihat sahaja pada Nigella! Pelbagai resipi dicipta menggunakan apa sahaja bahan yang sedia ada di dapur. Aduh, pasti ada yang 'berbulu' mata membaca seringkali nama Nigella disebut. Bagiku, dialah chef idola yang banyak memberi inspirasi kepadaku untuk terus mencintai dunia masakan ini. Betapa aku berharap dapat meluang masa sejenak bersama Nigella Lawson, pastinya menjadi peluang yang sangat berharga.
Andai pada hari Isnin lalu, aku berbicara tentang menu yang inginku cuba. Nah, inilah hasilnya! Caramel Croissant Pudding berjaya juga ku buat pada malam itu. Meskipun 'berperang' sedikit dengan si kecilku Zafran (manakan tidak, sambil menyediakan resipi perlu menangkap gambar sendiri & melayan Zafran yang juga mahu melihat apa yang kubuat), aku teruskan usahaku untuk memaparkan step by step memasak hidangan ini sebagai segmen 'Cookalong'.
Baiklah, mari ke dapur rumah ku...kita ikuti langkah demi langkah penyediaan Caramel Croissant Pudding. Bahan-bahannya sangat mudah dan aku tidak mengikut senarai bahan-bahan yang sama seperti Nigella. Aku tukarkan double cream kepada whipped cream kerana double cream kebiasaannya mudah didapati di UK. Manakala full-fat milk aku gantikan dengan fresh milk. Dan aku juga tidak letakkan bourbon. Namun jangan gusar, hasilnya tetap enak & lazat (bukan mengampu masakan sendiri ya!).
Pada mulanya, aku makan pudding ini begitu sahaja, erm lazat sedari suapan pertama. Aku sukakan kerangupan bahagian atasnya tatkala mula dikunyah. Bahagian tengahnya yang lembut umpama rasa kastard telur berkaramel. Kemudian aku teringat akan klip Nigella yang mana dia makan pudding ini bersama double cream. Apalagi, dengan segera aku mengambil whipped cream yang ada lalu dituangkan di atas pudding. Oh la la, truly heaven! Seolah-olah keenakan & keseronokan berganda. Zafran juga tidak ketinggalan merasai Caramel Croissant Pudding ini. Kasihan pula melihat ragamnya yang meniup pudding yang masih panas. Dari menggunakan sudu hinggalah jari yang lebih selesa untuk dia menyuap, berjaya juga dia menghabiskannya. Terasa puas memasak biarpun terpaksa 'berperang kecil' dengannya.
Oh ya, sekiranya anda ingin mencuba resipi ini, bolehlah ke Fiza Express Resipi untuk melihat dengan lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment