Kopi dikatakan dapat mengurangkan depresi di kalangan wanita sebanyak 20% bagi mereka yang sering menikmatinya. I love my cuppa joe! Apatah lagi menikmatinya sambil bersantai di hujung minggu, wah ... terasa lebih indah perjalanan hariku. Tatkala hujung minggu datang bertandang, masa inilah yang ku peruntukkan bersama hubby dan anak tercinta. Namun, hujung minggu kali ini lebih menarik dengan projek yang telah ku lakukan iaitu membuat Pavlova dengan dapur cap 'Gombak' (aka dapurku tak sehebat dapur Nigella!).
Projek bermula pada petang Sabtu memandangkan buah strawberi yang dicari di grocery berhampiran sudah kehabisan. Terpaksalah hubby bergegas ke Kota Damansara untuk mencari dan aku pula membuat persediaan apa yang patut. Sebaik sahaja aku ingin memulakan operasi dengan tenangnya, Zafran yang sudah ketiduran terjaga pula. Hurm ... nampaknya, mahu tidak mahu projek memasak kali ini juga aku perlu 'berperang' kecil dengannya. Risau juga dibuatnya, memikirkan pavlovaku tidak menjadi, dengan Zafran yang asyik menangis ingin melihat apa yang kubuat dan 'menolong' sama. Namun, hasilnya tetap memberi kepuasan kepadaku. Walaupun rupanya tidaklah cantik, tertarik ... kau memang da boom! Tapi rasanya tetap sama dengan pavlova yang aku pernah makan sebelum ini. Rangup di luar dan rasa kenyal seperti marshmallow di dalam. Kiranya, percubaan kali pertamaku berjaya walaupun menggunakan dapur cap 'Gombak', hehehe. Thrill mencuba resipi ini adalah tatkala menunggu pavlova siap dibakar. Pavlova memerlukan masa yang lama untuk dibakar. Ada pada satu resipi yang kulihat; resipi dari seorang chef agak terkemuka, pavlovanya perlu dibakar selama 3 jam! Wah, sangat lama dan aku tidak sanggup untuk menunggu pavlova untuk masak selama itu. Mujurlah resipi yang kucuba hanya memperuntukkan 1 1/2 jam sahaja (itupun sudah tidak tentu arah aku menunggu di hadapan dapur cap 'Gombak'ku). Well, usaha tangga kejayaan, tadaa ... lihatlah hasilnya, pavlova pertamaku!
Untuk pavlovaku, toppingnya aku letakkan strawberi dan juga anggur hitam (meniru idea pavlova di Serai). Yang seronoknya, melihat keletah Zafran menikmati pavlova yang kubuat. Dia lebih berminat untuk makan whipped cream (sampai di dalam pingganku pun diambilnya). Komen hubby tentang pavlovaku, sedap (rasanya ikhlas) tapi dia tidak sukakan rasa kemasaman strawberi yang 'sarat' aku letakkan sebagai topping (hehehe ... sebab aku memang sukakan strawberi!). Petang Sabtu itu, terasa lebih indah dengan menikmati pavlova yang kubuat sendiri, nyum nyum ... teramat puas hati! Cuma yang tak best adalah whipped cream yang aku gunakan terlalu cepat cair, mungkin aku perlu pukul dengan lebih lama atau jenama yang kubeli kurang berkualiti (ya la, nak sangat beli yang murahkan, nak bajet sangat la konon!) Selepas ini, kalau ingin dibuat lagi, aku lebih prefer membuat pavlova dalam saiz yang lebih kecil atau mini pavlovas supaya senang dimakan. Lagi pula, pavlova boleh disediakan awal dan disimpan sehingga lima hari. Apabila hendak dimakan, barulah diletakkan topping yang disukai.
Hari Ahad, plan asal hendak ke Mukha untuk hi-tea, sebuah kafe yang agak baru dibuka di TTDI, KL. Tetapi hari Ahad mereka bercuti la pula (hurm...kempunan aku!). Bukan apa, teringin sangat merasai kek Red Velvetnya. Nampak menarik dan menyelerakan bukan?
![]() |
Via Mukha |
So, akhirnya aku memilih Fullhouse yang terletak di Sunway Giza disebabkan konsepnya sesuai untuk menikmati hi-tea, ala-ala di laman Inggeris gitu. Untuk Zafran, aku orderkan Mushroom Soup, hubby - Curry Laksa dan Alfredo Spaghetti untukku (menu yang berat untuk hi-tea sebenarnya!). Bagi melengkapkannya, aku order cappucino dan desert - Chocolate Brownies. Makanan di sini tidak menghampakan, malahan portion juga agak besar buatku dan juga hubby.
![]() |
I love you too coffee! But I have to sip you ... |
![]() |
Mushroom soup mustache! |

Sedang leka menikmati Chocolate Brownies (yang sangat-sangat lazat!), hubby sempat membuat killer statement! 'Kalau awak dapat buat kek macam ni, lagi best!', dan 'nak ada filling kacang macam ni juga' ... reaksi aku ... erk ... macam susah nak menjawab sambil garu-garu kepala. Bukan tak nak mencuba, tetapi disebabkan dapurku cap 'Gombak', so terdapat sedikit kegusaran untuk cuba membuat kek dan apa sahaja resipi desert yang perlu operasi 'membakar'. Alahai, nampaknya selepas ini untuk weekend project yang seterusnya, kek coklat termasuk dalam senarai resipi yang perlu dicuba. Biarlah dapur cap 'Gombak' janji hasil meletup macam Nigella, hehehe ... kelas ko Maria eh Fiza!
Baiklah untuk segmen What's Cooking Tonight! resipi yang ingin aku cuba adalah Raspberry Oatmeal Swirls. Tapi aku tukarkan raspberry kepada strawberry (sebab itu yang ada di dalam fridge buat masa ini dan seperti biasa aku akan improvise resipi Nigella). I would replace yogurt with whipped cream, hehehe. Walaupun Nigella jadikan menu ini sebagai hidangan breakfast, tidak salah sekiranya aku jadikan ia sebagai desert supperku untuk malam ini. Slurrppp yummy!
No comments:
Post a Comment