Thursday, October 20, 2011

Love Affair ???



Oh my Coach! I don't know what happen to me! I'm totally addicted to cook a desert dish every night! I'm head over heels for sweet treats! Like having a love affair that you cannot resist to be involved with ... hahaha killer statement (dan aku takde skandal dengan sesiapapun, hehehe). Setiap kali dalam perjalanan pulang dari kerja, otak mula ligat memikirkan resipi apa nak dibuat malam ni, apa bahan-bahan yang ada boleh digunakan dan apa yang perlu dibeli? Sambil memandu, fikiran menerawang mengingatkan apakah resipi mudah & ringkas yang pernah kubaca. Dan sudah semestinya resipi-resipi dari Nigella diberi keutamaan terlebih dahulu.

Malam semalam, aku membuat 'Blackcurrant Oatmeal Swirl'. Disebabkan mahu juga menikmati hidangan desert pada malam itu, maka terciptalah resipi ini dari dapur Fizella™ (credit to Ed kerana idea ni), hahaha ... sudah tukar nama plak, yang penting ada trademark okay! Resipi kali ini berbeza kerana aku menggunakan buah blackcurrant yang direneh bersama madu bagi menghasilkan jus & buah tidak dikisar halus, aku biarkan begitu sahaja, lebih enak dikunyah bila dimakan. Erm, memang sedap (tak tipu & tak berniat memuji resipi sendiri). Tak sia-sia memerah otak untuk improvised resipi Nigella dengan hasil yang menggoda selera aku & juga Zafran. Lihat sajalah gelagat Zafran ini, dari disuapkan oleh ku, dia seperti biasa mahu menyuap sendiri.




Dan malam ini, resipi percubaanku adalah 'Nutella Mug Cake' yang aku perolehi dari Bisous A Toi (antara blog resipi kegemaran aku juga). Memanglah resipi ini super duper easy peasy nak buat. Diperakui hasilnya akan menjadi, without turning back! I'm totally sure and 100% satisfaction guaranteed! Malam ini seperti biasa, Zafran menjadi pembantu chef. Baiklah bahan-bahan adalah seperti berikut.



Sangat mudah bukan? Zafran pun boleh buat! Masukkan semua bahan ke dalam mug, gaulkan semuanya sehingga betul-betul sebati.





Dek kerana fikiran masih teringatkan Chocolate Fudge Fullhouse, akupun dengan pantasnya mengorek storage dalam peti ais, mencari kacang pecan yang telah dibeli sebelum ini. Ahh ... lega rasanya bila melihat masih ada berbaki, dan dengan segera aku hiriskan halus-halus dan dimasukkan ke dalam bancuhan kek tadi. Kemudian, dikacau lagi sehingga sebati. Setelah itu, letakkan di dalam microwave dengan suhu yang paling tinggi dan bakar selama 3 MINIT, ya 3 minit sahaja untuk hidangan yang yummylicious and gojes ni! Memang mudah!




Anda pasti terpegun melihat bagaimana kek ini dimasak di dalam microwave. Hurm, lihatlah reaksi Zafran ketika menunggu dan apabila kek sudah masak. Precious moments! Hasil adunan agak membuak keluar (rasanya aku patut guna bancuhan untuk 3 sudu besar sahaja untuk bahan-bahan disebabkan mug aku agak kecil). Sebagai topping, akupun mulalah berfikir untuk mereka sos coklat resipi Fizella™. Aku ambil satu sudu besar Nutella dan 1 sudu besar susu, kemudian dimasakkan sehingga kedua-duanya sebati. Nah, jadilah sos coklat Nutella. Aku curahkan di bahagian atas Nutella Mug Cake dan taburkan sedikit hirisan kacang pecan. Hurm, extreamly chocolate lush! Memang sedap, setanding dengan kek coklat biasa, malah lagi best! Komen dari hubby, first impression; "Erm ... sedap, ada rasa ala-ala di Fullhouse. Lepas ni, dah tak payah kita ke Fullhouse lagi!." Yeay ... di dalam hati aku sudah berbunga riang mendengar komen yang sangat positif. Tapi kemudian ada pula sambungan, "Tapi rasanya kurang ber'jus' (kata hubby, ini petikan komen dari show Top Chef, huh ... terpengaruh sangat!). Kalau ada jus baru perfect!'' Erk ... nak ada rasa ber'jus' pulak (walaupun laju je dia menyuapkan kek sesudu demi sesudu ke dalam mulut!). Haih, nampaknya, aku kena improvised la resipi ni kalau ingin dicuba kali kedua. Kena buat research macam mana untuk menghasilkan kek yang wonderfully moist. Cuma terkilan, malam ini Zafran tidak dapat merasa Nutella Mug Cake yang dibuatnya bersamaku. Sementara hendak menunggu sos coklat Nutella dibuat, Zafran sudahpun tertidur (penat agaknya menolong mama memasak). Lain kali mama buat lagi, kali ini heavenly moist atau lebih ber'jus'!



No comments:

Post a Comment