Seawal pagi sahaja, perasaan dan jiwaku diamuk pelbagai rasa. Sedih, geram, meluat dan pelbagai perasaan yang negatif membuak-buak di dalam jiwa sehingga membuatkan rasa sesak di dalam dada. Semuanya gara-gara video yang kulihat, mengenai kanak-kanak di China yang dilanggar berkali-kali dan tidak dipedulikan oleh manusia-manusia (kalaulah ada terma lain yang sesuai untuk mereka) yang lalu-lalang di situ. Manakah hilangnya perikemanusiaan dan sifat belas kasihan? Kononnya, masyarakat di sana tidak mengambil peduli hal orang lain kerana takut dituduh melakukannya (adakah ini digelar masyarakat yang bertamadun?). Namun, bagaimana pula dengan si keparat yang melanggar kanak-kanak itu? Adakah dia seorang manusia atau hanya bertopengkan manusia dan langsung tidak berjiwa? Pelik sungguh melihat bagaimana seorang manusia dikurniakan akal boleh bertindak demikian. Malahan, dia juga tidak buta dan mampu melihat untuk memandu! Memang terbuku rasa geram di jiwa kecilku ini. Rasanya aku perlu mengambil masa beberapa hari untuk memulihkan jiwa dari dibelenggu perasaan-perasaan negatif angkara senario ini. Semoga Allah mengurniakan sifat keperimanusiaan kepada kita dalam membentuk peribadi insan yang mulia dan jauhkanlah ahli keluargaku, sahabat serta seluruh manusia dari perkara-perkara sebegini. Amin!
Baiklah bagi menghiburkan hatiku yang "terguris" dek realiti kehidupan yang berlaku masa kini, aku berbesar hati untuk berkongsi hasil projek masakanku malam tadi. Yeay, dari dapur Fizella dengan dapur cap 'Gombak' mempersembahkan Strawberry Oatmeal Swirls.
Resipinya sangat mudah. Kali ini aku tidak perlu berdrama dengan si kecilku Zafran, kerana dia sibuk 'mengemas' barang-barang di dalam peti aisku. Bahan-bahannya seperti berikut:
Bahan-bahan yang sangat mudah diperolehi. Bagi biskut aku gunakan biskut Oat Krunch dengan strawberry & blackcurrant flavour. Tidak perlu susah-susah untuk masukkan di dalam food processor. Letakkan di dalam sealable plastic bag, dan hancurkan dengan menggunakan rolling pin, lesung batu pun boleh juga. Kemudian cedokkan bahan-bahan tadi satu per satu dengan menghasilkan lapisan demi lapisan. Hasil resipi akan kelihatan lebih menarik jika diletakkan di dalam bekas atau mug kaca telus pandang. Mengikut Nigella, dia sajikan terus sebaik sahaja selesai dibuat hidangan ini. Tetapi bagiku, Fizella (chewah!), aku sejukkan dahulu di dalam freezer selama sejam.
Setelah sejam masa berlalu, nah ... Strawberry Oatmeal Swirl sedia untuk di ngap! Erm ... yummylicious! Memang best menikmati sambil membaca novel kegemaran. Memang sedap dan mudah disediakan, tidak perlu risau andai resipi tidak menjadi! Selepas ini, aku bercadang untuk bereksperimentasikan dengan buah-buahan beri yang lain pula. Have a great day everyone! Semoga keresahan di hati ini cepat terubat.
No comments:
Post a Comment