Subjek hari ini bukanlah untuk mencipta provokasi, tetapi sekadar untuk berkongsi tentang acara yang telah berlangsung pada ahad yang lalu. Pada 2 Oktober yang lalu telah berlangsungnya majlis pelancaran buku Coming of Age: A Decade of Essays 2001-2011 di Plenatary Hall 1, SACC Shah Alam Selangor. Lokasi asalnya merupakan Hotel Empire Subang yang telah meletup (letupan tidak berkaitan dengan isu pelancaran buku ini, bak kata pengarang bukunya). Pengarang bagi buku ini adalah YB Nik Nazmi Nik Ahmad, di mana ini merupakan buku keduanya setelah Moving Forward.
Coming of Age merupakan kompilasi lebih daripada 40 buah esei yang ditulis antara tahun 2001 hingga 2011 yang meliputi pelbagai jenis topik dari politik dan ekonomi hinggalah kepada undang-undang dan keagamaan. Selain itu, ia turut menyoroti penglibatan beliau dalam arena politik di Malaysia. Ia memberikan perspektif unik bukan sahaja kepada pembaharuan kepada beliau tetapi juga kepada pergerakan Reformasi Malaysia, dan seruan lantangnya terhadap keadilan dan kebebasan.
Berbicara tentang kehadiran media pada hari itu, rata-ratanya adalah dari akhbar China dan Inggeris. Akhbar Melayu yang ada pun hanyalah Sinar Harian, ke mana agaknya akhbar-akhbar utama yang lain (mungkin hari Ahad, hari bersama keluarga! positive thinking puhlease...). Well, don't judge the book by its cover! YB Nik Nazmi boleh dijadikan sebagai ikon penulisan bagi generasi muda/ urban terutamanya dari perspektif seorang pemimpin. Seperti juga Tun Mahathir Mohamad yang pernah menulis buku Malay Dilemma, mereka adalah contoh-contoh pemimpin yang berfikir dan mempunyai visi dan misi (dapat diterima atau disanggah itu terpulang kepada penerimaan dan fahaman individu).
Pelancaran buku telah dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir sama memeriahkan majlis adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim. Antara kupasan isi buku ini adalah tentang politik baru Malaysia, menangani perubahan generasi muda, penentangan terhadap ISA serta beberapa topik hangat dari perspekstif pengarang sebagai pendukung Parti Keadilan Rakyat. Nik Nazmi Nik Ahmad dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1982. Mendapat pendidikan di Sekolah La Salle, Petaling Jaya, MCKK dan KYUEM, kemudian menyambung pengajian di King's College, University of London dalam bidang perundangan. Beliau terlibat dalam politik sejak berumur 19 tahun dan menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor termuda bagi kawasan Seri Setia pada Mac 2008. Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.
Bagi yang gemar membaca, tidak salah sekiranya menjadikan Coming of Age sebagai salah satu bahan bacaan baru buat anda bagi melihat pandangan segar dan kritikal dari pemimpin muda ini. Buku ini berharga RM39.90, terbitan Marshall Cavendish. Untuk mengetahui lebih dekat tentang buku ini anda boleh klik di sini : http://www.facebook.com/adecadeofessays.
* Oh ya, cheesecake di sini sangat sedap, begitu juga dengan lamb kebabnya!
Me & Mei Li - the registration's girls |
With Azmi, cum a photographer of the day! |
Ucapan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau sangat 'handsome' bila dilihat secara berdepan, sangat berkarisma. |
My boss, Christine Chong and Datuk Seri Anwar Ibrahim. Psst ... bos cakap tangan Datuk Seri sangat lembut, tak macam tanganku bila bersalam terasa kesan tulang, hehehe. |
Terlanjur bercerita tentang topik ini. Aku ingin berkongsi video ini, sangat menarik, very catchy! Oppss... dah daftar jadi pengundi ke? I love Malaysia! Ingatlah walau apapun terjadi, Malaysia ini negara anda, ia negara anda!
No comments:
Post a Comment